Selepas lima tahun tidak membuat kemunculan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menghiburkan tetamu pada malam acara yang berlangsung Jumaat lalu itu.
Mendendangkan lagu berjudul Romansa secara eksklusif, ada netizen bagaimanapun yang meninggalkan komen di media sosial menyatakan pendapat bahawa lagu tersebut 'tidak sedap'.
Tidak berdiam diri, Siti Nurhaliza dilihat memberi respon terhadap komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa sesebuah karya kreatif itu subjektif serta tiada yang sedap atau tidak sedap untuk didengar.
“Karya kreatif tu subjektif, takde sedap atau tak sedap . Pengkarya menghasilkan muzik mereka.
"Hargai komposer-komposer yang menghasilkan lagu-lagu meski zaman berganti zaman.” balasnya.
Bagaimanapun, lebih ramai yang memuji kualiti lagu tersebut serta persembahannya yang memukau pada malam tu.
Sumber: Murai
|