View: 366|Reply: 2
|
'Kadang-Kadang Sakit Lagi, Belum Selesa' - Zamani
[Copy link]
|
|
Penyanyi Zamani mendedahkan merasai keselesaan seperti diharapkan selepas pembedahan membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat penyakit skoliosis sebelum ini.
Zamani, 52, berkata, ada masanya dia akan merasa sakit pada kedua belah pinggulnya yang dimasukkan besi sokongan.
Sesi latihan Kumpulan SLAM sempena konsert NurKasih pada 6 August 2023 di Zepp KL. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
"Saya fikir selepas pembedahan dan proses itu ia akan 100 peratus okay. Sampai sekarang belum lagi rasa keselesaan 100 peratus itu.
"Doktor tak jamin juga tapi memaklumkan perkara itu takkan beri kesan terhadap rutin harian. Saya sudah tanya pun kalau rutin harian boleh buat, dia cakap okay," katanya.
Bagaimanapun, penyanyi kumpulan Slam itu juga tidak menyesal, malah lebih bersyukur dapat menjalani pembedahan itu walaupun masih berdepan kesakitan sekali-sekala.
"Tapi tak adalah sakit yang tak boleh tahan. Setakat ini kalau berdiri sepanjang masa persembahan, alhamdulillah masih boleh, tak mengganggu.
"Sebelum ini memang tidak rasa sakit tapi keadaan fizikal itu tak cantiklah kan. Macam sekarang ini okay, cuma ada masa-masa rasa sakit. Sekarang ini saya sudah agak terbiasa juga dengan sakit itu," katanya.
Dalam pada itu, Zamani juga kurangkan mengambil tawaran persembahan menjelang Konsert Slam NurKasih yang akan berlangsung pada 8 Ogos ini di Zepp Kuala Lumpur, di sini.
"Untuk konsert ini, saya cuma mahu fokus kepada latihan saja dan cuba elakkan diri daripada berdepan rasa letih melampau. Harapnya kami akan dapat beri persembahan memuaskan nanti," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kejap2 tu nk pulih. tmbh2 x bape nk rest |
|
|
|
|
|
|
|
Masih perlu masa untuk recovery tu.. kalau orka bolehlah rehat berbulan2, bertahun2.. tapi abg zamani lepas operation terus berkerja semula.. moga terus sihat bang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|