|
Barnes milik Newcastle
BARNES berpeluang beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. FOTO Agensi
London: Newcastle menandatangani pemain sayap England, Harvey Barnes dari Leicester dalam perjanjian bernilai £38 juta (RM222 juta).
Barnes bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Magpies kerana dia mahu kekal beraksi dalam Liga Perdana Inggeris berikutan penyingkiran Leicester ke Liga Kejuaraan pada penghujung musim lalu.
Pemain berusia 25 tahun itu dijangka mengisi kekosongan dalam skuad Eddie Howe yang ditinggalkan Allan Saint-Maximin, selepas dilaporkan akan menyertai pasukan Arab Saudi, Al Ahli.
Saint-Maximin diketepikan daripada skuad Newcastle yang baru-baru ini bertandang ke Amerika Syarikat untuk siri pramusim.
"Ia adalah kelab yang menakjubkan dan bagi saya ia adalah peluang besar untuk datang dan terbabit dalam pasukan yang berjaya melakukan perkara menarik, jadi saya benar-benar bersemangat berada di sini," kata Barnes.
"Saya fikir ia adalah impian setiap pemain menyertai pasukan seperti ini, beraksi pantas, memerlukan kekuatan secara fizikal, tetapi anda boleh melihat ganjarannya dengan peluang dan gol yang dijaringkan, jadi saya fikir saya pasti akan sesuai dengan gaya mereka."
Barnes berharap untuk bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas Newcastle memperoleh tempat empat terbaik dalam liga musim lalu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nes-milik-newcastle
|
|
|
|
|
|
|
| |
|