View: 344|Reply: 5
|
Berani Cium Mulut Sesama Jenis Atas Pentas, Heret Artis Biadab Ke Muka Pengadilan!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Artis luar negara yang didapati melanggar dan menghina undang-undang Malaysia sewajarnya dibawa ke muka pengadilan bagi menuntut keadilan terhadap onar yang dilakukan mereka sekali gus memberi pengajaran kepada pihak lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap kumpulan yang mencabar serta tidak menghormati undang-undang negara sebelum mereka dibenarkan pulang ke negara masing-masing.
Menurutnya, kumpulan rock Britain, The 1975 sewajarnya terus dibawa ke muka pengadilan pada hari kejadian atas kesalahan menghina undang-undang negara.
“Kita tidak mampu mengawal situasi atas pentas biarpun saya percaya penganjur telah berikan taklimat sebelum mereka muncul, tetapi kita boleh tahan mereka daripada terlepas begitu saja.
“Dari sudut penganjur sememangnya mereka kena bertanggungjawab, begitu juga band tersebut yang seharusnya berani diheret pihak berkuasa selepas sengaja mencetuskan provokasi biarpun tahu sensitiviti serta undang-undang sesebuah negara.
“Jadi kenapa tidak tahan saja mereka dan biarkan mereka berlepas pulang sebaik membuat onar di sini. Mungkin sekarang The 1975 sedang berpesta,” katanya kepada Kosmo!
Sebelum ini dilaporkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil membatalkan serta-merta Festival Good Vibes 2023 (GVF 2023) di Sepang yang sepatutnya berlangsung sehingga semalam.
Ini kerana, semasa konsert tersebut, The 1975 melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium rakan sejantina lelaki iaitu gitaris kumpulannya, Ross Macdonald di atas pentas.
Bukan itu sahaja, vokalisnya turut memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Sementara itu, Jennifer Thompson yang juga pengelola konsert berkata, tindakan kumpulan terbabit sebenarnya sangat mementingkan diri selain menutup periuk nasi banyak pihak yang sewajarnya harus dijadikan iktibar.
“Setiap artis tidak kira dari dalam atau luar negara mempunyai tanggungjawab dan etika ketika membuat persembahan. Apabila artis luar datang sini tanpa memikirkan undang-undang yang kerajaan tetapkan, impak kelakuan buruk mereka akan beri kesan terhadap orang di sini serta artis luar lain.
“Senang saja buat komen kononnya untuk berjuang dan kemudian dia balik negara sendiri macam tiada apa-apa berlaku. Hakikatnya, kesan insiden lebih teruk daripada apa yang dia fikirkan,” ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyambut baik ketegasan kerajaan membatalkan persembahan dengan serta merta disusuli pengharaman masuk ke negara ini.
“Kontroversi yang timbulkan band tersebut seakan disengajakan selepas mereka bukan saja berciuman di Dubai, empat tahun lalu, malah kejadian terbaru di Las Vegas, Amerika Syarikat.
“Takkan penganjur tidak peka dengan keterbukaan kumpulan itu hingga merayu supaya dibenarkan muncul dalam festival tahun ini.
“Kita ada undang-undang malah apa diucapkan penyanyi itu patut dikenakan hukuman penjara atas Akta Hasutan. Kalau tidak bertegas sekarang, lepas ini akan berterusan lagi kes memperlekehkan negara,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
engko nak comolot kat ngra ko g mpos sna la lahanattt jgn kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
yg dia comolot tu mmg reda je ke huhu..geli yach zantan sama zantan comolot huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pahmi & sapudin hanya mampu heret sanusi jerr.....klau ngra lain x bagi chance penghina mcm nih |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: yg dia comolot tu mmg reda je ke huhu..geli yach zantan sama zantan comolot huhu
lagi sedap katanya wei
|
|
|
|
|
|
|
| |
|