CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2663|Reply: 48

Bank Tak Layan Nak Buka Akaun Sebab Pakai Baju Koyak, Datang Semula Pakai Blazer Terus Jadi ’Tuan’

[Copy link]
Post time 24-7-2023 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki mendakwa tidak dibenarkan membuka akaun simpanan di bank kerana penampilannya yang selekeh.


Katanya, dia terkilan apabila pegawai enggan melayan kerana pakaiannya ada kesan koyak sedikit dan khuatir dia sebenarnya seorang keldai akaun.




Gambar hiasan




"Saya kata saya bukan keldai. Saya manusia, tengok saya berdiri dua kaki dan saya boleh bercakap dengan tuan makna saya bukan keldai," tulisnya meluahkan kekecewaan di grup Facebook.


Bercerita lanjut tentang hal itu, lelaki itu mendakwa dia diminta pulang ke rumah untuk mengambil bil utiliti seperti elektrik namun permintaan tersebut dipersoalkannya.


Enggan berputus asa, lelaki itu kembali ke bank yang sama namun kali ini dia menukar penampilan yang jauh lebih kemas.


Sekembalinya ke bank tersebut, dengan berpakaian kemas ala T20 dia meminta untuk berjumpa dengan pengurus cawangan.


"engurus cawangan setuju jumpa saya... saya mengadu nama pegawai sekian, selepas itu saya berjaya buka akaun hari itu juga.


"Yang paling best, daripada gelaran encik terus bertukar jadi tuan sebab saya tukar baju sahaja. Orang kata jangan menilai buku daripada kulit tapi manusia menilai orang berdasarkan rupa paras dan baju," katanya.


Di ruangan komen, dia berulang kali memaklumkan kejadian pada Jumaat lalu benar-benar berlaku dan dia merupakan pegawai kerajaan.


Walau tidak dipastikan kesahihan perkongsian ceritanya, rata-rata netizen menegur sikap lelaki itu yang tidak bersikap profesional dan enggan mengikut prosedur.








Hasil semakan di laman web sebuah bank mendapati terdapat keperluan mengemukakan salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat selain kad pengenalan dan deposit pengenalan.


"Memang la syarat buka akaun antaranya ada bil-bil di bawah nama kita. Kau pula berlagak seolah mangsa keadaan. Nanti bank tegas tapis scammer, kau juga marah.


"Ada bagusnya bank buat macam tu. Sekarang scammer berleluasa. Ramai juga yang jadi keldai akaun. Buka akaun untuk orang lain guna kad mereka.


"Baju tu bukan masalah pun. Pakai la baju apa pun, janji sopan, janji bukan berbogel. Tak ada siapa nak judge melainkan diri sendiri yang terasa.


"Kalau dah tahu nak buka akaun, benda penting kan. Ingatlah, tak kisah mana-mana bank pun kat Malaysia, tengok alamat kad pengenalan sama tak dengan alamat yang awak tinggal sekarang.


"Kalau tak sama bawa la bil utiliti yang boleh menyokong. Mereka tak kejam, asalkan kita ikut prosedur," komen netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bwk surat company nk bkk acc pon mcm² bank soal siasat dekkk..
Baru kluaq gua la hapaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 07:56 AM | Show all posts
itu memang salah satu sop perbankan yach, kalau awal2 dah nampak tak meyakinkan, dah kenapa pihak bank nak layan. Silap2 kau scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bank tak kisab kau baju koyak sikit ke tak pakai spender ke dia ada checklist kalau nak buka account dgn dia.  Dgn surat majikan pun dia minta min. rm250 nak buka acct.  Kau ni first time ke nak buka acct dgn bank?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:05 AM | Show all posts
ko sekolah tak babi? sekolah pon mintak budak2 bawak bil api air astro la sebab nak kan bukti pengesahan alamat semua tu bukan nya sekolah baik hati nak bayarkan bil2 engko yang tertunggak tu yihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kau tak pakai neck tie ye kalau tak terusndia panggil kau YB.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2023 08:15 AM | Show all posts
memang mcm tu lumrah alam, manusia....saya sendiri pernah test, tapi nak salahkan siapa? itu kena terima...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pi tak mandi lagi ka? Eeww..

Dan dia bukak akaun tanpa bil apa sumer tu ka? Bkn ka prosedur kena ada bukti alamat sumer tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelaka semua komen ????
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh i ltk emot. Awat jd Q marks bbyk plkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 24-7-2023 08:28 AM
Eh i ltk emot. Awat jd Q marks bbyk plkk

Chuols kena guna emoji.caei forum...kalau keluar ???? Chuols dah terguna emoji dr keyboard.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko pun bodoh gak..jadah pakai baju koyak2 and keldai akaun tu pun ko x tahu pebende
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
I da ade cc hsbc.. tp bila nk bukak saving acc kat branch punye lah byk cengkadak.. mula2 dia ckp klau nk bukak acc proses sejam lebih.. lepas tu diorg ckp buat masa skrg benarkan bukak saving acc utk gaji masuk je.. iols pun mlas lah.. mmg ketat sgt klau nk bukak saving acc buat masa skrg i rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:38 AM | Show all posts
skrg paling lehnat adalah keldai acc ni... ada tgk dlm satu tiktok acc polis yg cegah scammer ni... paling senang nak tangkap keldai acc ni tapi paling susah nak sabit sbb dieorg ni mmg tahun jadi keldai acc tapi berlakon tak tau... mustahil la ko blh kasi kad kasi access online banking dan bulan2 angkat rm3-4k lepas tu cakap tak kenal dgn org yg ko kasi details bangkin bagai.... hanjing betul perangai
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:43 AM | Show all posts
Mmg tu syarat bukak akaun ye nak bill utiliti semua. Kata pegawai kerajaan takkan le benda camtu tak bole ikut. Ni mesti pakcik2 gomen pegi puch card (ada lagi ke punch card?) pastu gi minum mengulor sampai pukul 10 pagi baru masuk opis suka lawan boss  tak pun jenis yg suka buat loan hahahaha... ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif ko pakai baju koyak????

Aku kalo baju koyak aku jahit tangan je.. tp kalo teruk sgt buang je la... nak acah2 teraniaya miskin buat apa? Common sense je kot baju koyak org buang.. sangat tak proper grooming

Even baju kalo lusuh sgt pun kena buang (jgn buat sedekah pulak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 08:43 AM | Show all posts
sekarang ni dah pakai macam t20, ko x bawak bill, boleh bukak akaun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:15 AM | Show all posts
posting pun kat grup B40. Selayaknya la kau duk grup tu. Orang bank pun kosser nak explain pasal AMLA dengan kau yang kepam, busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:23 AM | Show all posts
bukan boleh caya pun grup b40 buat apa hari ni byk sembang kencang dan mengarut demi publisiti murahan spesis shuib tikus
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:25 AM | Show all posts
mcm hasanah je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056202 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list