View: 931|Reply: 6
|
Individu Mengaku Peminat Tegar Sanggup Mogok Lapar Sebab Syahmi Syazli Tak Menang Sebenarnya 'Haters'
[Copy link]
|
|
Pelakon dan pengarah, Syahmi Sazli, 28, menjelaskan pemilik akaun Facebook, Zek Rollins yang mengaku peminat tegarnya sebenarnya adalah penyamar.
Ia susulan Zek yang membuat hantaran di Facebook mengatakan mahu mogok disebabkan Syahmi tidak menang kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35), kelmarin.
"Hari ini bising dalam Facebook pasal benda ini. Kononnya peminat 'tegar' Mi (Syahmi) mogok sebab ABPBH semalam. Pertama, kita kena jelas dan tahu, Zek Rollins ini akaun palsu dan ahli akaun B40 Buat Perangai Apa Hari Ini.
"Memang kita tahu, kebanyakan hantaran dalam akaun itu adalah 'troll', lawak dan kadang-kadang hantarannya benda-benda negatif. Zek Rollins sudah beberapa kali buat hantaran pasal Mi kononnya dia adalah peminat tetapi dia sebenarnya 'haters' yang sedang menyindir Mi," katanya.
Disebabkan itu, Syahmi menyifatkan hantaran Zek Rollins tidak patut diambil serius dan diperbesar sebagai berita.
"Jadi, nak marahkan Zek Rollins ini tak guna juga sebab dia akaun palsu. Yang menjadi masalahnya, boleh pula beberapa portal hiburan ambil hantaran Zek Rolling dari akaun itu sebagai sumber artikel mereka," katanya.
Syahmi yakin dan percaya, pengikutnya juga tidaklah bodoh untuk menjadi taksub sehingga buat hantaran sebegitu.
Terdahulu, akaun Zek Rollins itu membuat hantaran provokasi dengan menafikan kemenangan Bell Ngasri untuk kategori Artis Komedi Popular di ABPBH35.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
elok la mogok lapar... kalau boleh biar mampos kebulur terus seko2...
punya la taksub nak menang padahal sendiri yang boleh lawan undi bell tu yang seluruh malaysia gigih mengundi...
perut dan otak ko patut bagi kerengga hurung supaya dua2 benda ni bersambung selnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mmg byk troll group tu..
Knp ntah wartawan kelas belakang suka ceduk dr group tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan yg ngok iols pun pelik bukan satu dua post kat group tu wartawan2 ngok ni amik wat tajuk berita.
Semua pakat bertenggek kat group bipoti tu belaka kan?
90% post kat group tu semuanya troll dan merapu2.
Manusia2 yg tersakit hidup kesepian suka dengar bunyi notification drpd fb je yg rajin duk post mengundang kat situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cleocatra replied at 23-7-2023 10:19 PM
Tolong la hentikan dasi sskjp ni naik jadi retis
Sek diorang ni pelik2
Tengok yang ada sekarang suda ...
Tapi kaka Rasa syami n isteri dia sgt bijak mengambil peluang. Deols lg bijak Dr influencers lain. Masa dorg tgh laku Ni betul2 buat duit bisnes. Rasa dorg dah tahap jutawan kot n kejutawanan tu dtg dr bisnes bkn paid review. Rasa mcm dah stop paid review dah. Enterframe tu sekadar utk kekal relevan rasanya. Spy pemuja X beralih arah. Knowing setkitojangepecoh Ni slagi Kau relevan, Satu negeri support sungguh2. |
|
|
|
|
|
|
|
Business air depa tu masih on ke??? Tgk laku sungguh wpun jual air. Baru2 ni pegi Kelantan. Tgk depa ada bawak kuar perfume - Blank.
Dok promote kt Kopitiam Kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan peminat dia atau content dia, Tapi aku respect cara dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|