CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 1

Wanita Bela 7 Anak Lembu Di Balkoni Rumah

[Copy link]
Post time 23-7-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: Bukan hanya membawa harta benda, seorang penduduk kampung di Sichuan, China turut membawa ternakan lembu ketika berpindah ke rumah flat.


Wanita itu mencetuskan debat dalam media sosial Douyin apabila video menunjukkan tujuh anak lembunya 'berehat' di balkoni tingkat lima rumahnya tular sejak 19 Julai lalu.


TANGKAP layar daripada video tular di Douyin menunjukkan anak lembu dipelihara di balkoni flat dan dibawa keluar pihak berkuasa.




Difahamkan, kediaman itu dihuni penduduk yang dipindahkan dari kampung setinggan kawasan berhampiran.


Penduduk mula menyedari lembu 'menghuni' flat itu selepas mendengar bunyi ternakan berkenaan dan bau busuk.


Ada penduduk yang merekod bunyi terbabit dan berkongsi dalam kumpulan sembang, menurut agensi Fengmian News yang dilapor AsiaOne.


"Menjelang tengah hari, kes penternakan haram itu tersebar dan semua orang bercakap mengenainya, sebelum saya membuat laporan kepada pihak berkuasa," kata seorang penduduk.


Tujuh lembu itu yang setiap satu berat antara 10 ke 20 kilogram, hanya berada di balkoni flat selama sehari, sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan.


Dilaporkan pemilik ternakan itu tidak memberi kerjasama ketika operasi pihak berkuasa 14 Julai lalu, namun semua anak lembunya tetap berjaya dipindahkan dan disita sehingga keesokan hari.


Penduduk berkata tidak melihat lembu terbabit selepas itu, namun pada hari ia diserahkan kembali kepada pemilik, mereka mendapati semua ternakan itu diletakkan dalam kenderaan di luar flat.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana dia boleh pelihara bgtu byk dlm rumah adeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.172032 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list