CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8004|Reply: 8

Pelakon Drama Terkenal atau Sendurina Menggantung Tanpa Tali

[Copy link]
Post time 4-2-2025 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by telracs at 4-2-2025 04:41 PM

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga isteri kedua pelakon drama popular era 1990-an mendakwa digantung tidak bertali dan meminta suaminya menjelaskan status sebenar mereka.

Wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Puan A, berusia 40-an berkata, perkenalan mereka bermula pada 2018 atas dasar kerja di syarikat yang sama.

"Dia juga duta produk yang syarikat keluarkan. Dari situ dia mula luahkan perasaan. Saya tahu statusnya suami orang dan menolak. Tapi dia meyakinkan hingga saya akur hingga kami berkahwin dan dirahsiakan dari pengetahuan isteri pertama kerana bimbang rumah tangganya tergugat.

"Kami kahwin masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 secara online. Segala urusan kahwin dia uruskan. Dia di Kuala Lumpur dan saya di tempat lain," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, selepas PKP dilonggarkan, dia berpindah ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun mereka tidak tinggal bersama kerana suaminya memberi pelbagai alasan.

"Saya tak kenal dia mendalam, tak bercinta dan sebagainya. Tapi perwatakan dia nampak lembut dan tenang. Selepas kahwin nampak karakter sebenarnya yang suka memanipulasi keadaan.

"Dia takut isteri pertama dan burukkan saya konon saya yang paksa dia kahwin. Agak pelik sebab untuk apa saya nak paksa dia. Lainlah dia anak orang kaya, ada gelaran.
"Dari segi nafkah memang saya tak dapat. Malah saya tanggung dia termasuk isi rumah satu lagi. Setahun lebih dia tiada tawaran berlakon," katanya isteri pertama pelakon itu mula mengetahui mengenai perkahwinan mereka pada September lalu.

Katanya lagi, isteri pertama sebenarnya sudah tahu mereka berkahwin sebelum ini dan disuruh cerai dengan talak tiga.

"Dia ikut tapi nama yang disebut bukan nama saya. Kiranya talak tak jatuh. Apabila ada masalah dia akan hilangkan diri dan hanya cari saya untuk minta wang. Saya ada pendapatan sendiri dan anak-anak dari perkahwinan terdahulu turut bantu.

"Saya pun dah berhenti dari syarikat itu pada 24 Januari lalu. Saya akhirnya pujuk dia selesaikan cara baik di mahkamah. Dia bawa isteri nombor satu dan kami pun tiada perbincangan untuk penyelesaian," kata ibu tiga anak itu.

Dakwa Puan A lagi, sepanjang berkahwin mereka tiada sebarang dokumen atau surat menyurat.

Suaminya berjanji akan buat sehinggalah mereka berpisah.

"Saya kata okey kalau dah tiada surat menyurat, tak perlulah nak pergi mahkamah. Kiranya lafaz cerai selesai begitulah.

"Tapi mungkin sebab isteri pertama nakkan kesahihan kami bercerai, dia pergi mahkamah Gombak dan perkahwinan kami kena didaftarkan semula, kemudian akan disiasat sah atau tidak.

"Saya minta suami bertanggungjawab dalam perkara ini dan dia asyik kata dalam proses. Dia beri macam-macam asalkan dan sengaja mainkan emosi saya," katanya yang kini mengalami kemurungan dan terpaksa makan ubat.



Sumber : HarianMetro
Disiarkan pada: Februari 4, 2025 @ 4:23pm


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 11:50 PM | Show all posts
Hurmmmmm......

mcm mana boleh nikah online tanpa ada dokumen....

salahkan diri sendiri je lah....kalau pun lelaki merayu kalau sendiri xnak x jadi juga.

Iols nak padankan aje muka sejenis birah suka sondol laki org....

Sesuai la kene gantung....Laki bodo bini bodo

Sekian cercaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 12:06 AM | Show all posts
"Kami kahwin masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 secara online. Segala urusan kahwin dia uruskan. Dia di Kuala Lumpur dan saya di tempat lain," katanya kepada Harian Metro.


Kawin jenis ape pulak secara online ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Camana nikah takda dokumen kalau ya pun online, siap lain lokasi. Syarat nikah cukup tak? Bau ikan sangat

Apapun simpati pada kaum wanita yg dimanipulasi jantan tagune notelo
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 5-2-2025 12:06 AM
Kawin jenis ape pulak secara online ni?

Masa PKP kn ramai kahwin online tapi tetap lah kena cukup rukun nikah  barulah sah nikah nya  .Ni minah ni ,nikah koboi ke apa ,mcm budak2 main kawen2 pulak .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2025 12:18 AM | Show all posts
Katanya lagi, isteri pertama sebenarnya sudah tahu mereka berkahwin sebelum ini dan disuruh cerai dengan talak tiga.
"Dia ikut tapi nama yang disebut bukan nama saya. Kiranya talak tak jatuh."

Nak bercerai memang kena sebut namakah?
Saya tanya ni, sebab saya memang tak tahu...

Yang saya tahu, kalau suami pandang isteri dan sebut "aku ceraikan kau" dan ada orang yang mendengar, kira talak dah jatuh pun.
Zaman now, suami wasap isteri "aku ceraikan kau", dan ada orang baca, pun dah jatuh talaknya.
Betul tak?

Kalau saya salah, mohon betulkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2025 12:22 AM | Show all posts
telracs replied at 4-2-2025 05:18 PM
Katanya lagi, isteri pertama sebenarnya sudah tahu mereka berkahwin sebelum ini dan disuruh cerai de ...

Iols pun confuse
Entah2 nikah pun tak sah.....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2025 12:24 AM | Show all posts
Senarai pelakon drama 90-an untuk dispeku.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapalah agaknya eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038040 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list