View: 184|Reply: 0
|
Mudryk ledak gol pertama bersama Chelsea
[Copy link]
|
|
MUDRYK meraikan jaringannya. FOTO AFP
Philadelphia: Mykhailo Mudryk meneruskan jatuh bangun kariernya di Chelsea dengan gol pertama buatnya bersama kelab itu ketika menang 4-3 ke atas Brighton pada aksi persahabatan pramusim di Amerika Syarikat (AS) pagi ini.
Pemain antarabangsa Ukraine itu bergelut untuk menemui prestasi terbaiknya buat The Blues sejak tiba dari Shakhtar Donetsk dengan harga £88 juta (RM515 juta) pada Januari lalu.
Namun dia akhirnya memukau dengan jaringan menerusi sepakan voli kencang pada babak kedua untuk membantu kemenangan kedua dalam dua perlawanan buat bos baharu Mauricio Pochettino di AS.
Danny Welbeck membantu Brighton mendahului sebelum pemain baharu berharga £52 juta (RM305 juta) Christopher Nkunku menyamakan kedudukan dengan gol keduanya dalam jelajah.
Kad kuning kedua buat pertahanan Seagulls, Jan Paul van Hecke selepas sejam membolehkan kelab barat London itu meledak lebih banyak gol di depan lebih 65,000 peminat di Philadelphia.
Mudryk menjaringkan voli kencang dari jarak 16 meter, Conor Gallagher meraih gol ketiga dan Nicolas Jackson meluru pantas menambah gol keempat, juga jaringan pertamanya bersama Chelsea selepas perpindahan bernilai £32 juta (RM187 juta) dari Villarreal.
Brighton membalas menerusi penalti Joao Pedro selepas Levi Colwill yang menentang kelab lamanya menjatuhkan bekas penyerang Watford itu sebelum Deniz Undav meledak gol ketiga pada masa kecederaan.
Pochettino membayangkan beliau sedia menurunkan pemain muda pada perlawanan itu bagi memastikan bintang senior tidak mengalami kecederaan bagi aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris pada 12 Ogos depan.
Bagaimanapun pengendali dari Argentina itu melupakan idea itu dan menurunkan kesebelasan terkuatnya di Stadium Lincoln Financial Field.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ama-bersama-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|