CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1393|Reply: 33

Pemandu Teksi Sukar Bersaing Dengan E-Hailing, Teksi Ulat, Nak Dapat RM50 Pun Susah

[Copy link]
Post time 23-7-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Kluang: Terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk mendapat seorang pelanggan.


Demikian keluhan yang disuarakan oleh rata-rata pemandu teksi di Hentian Teksi Kluang, di sini akibat persaingan daripada perkhidmatan e-hailing serta sindiket teksi haram.


PEMANDU teksi di Hentian Teksi Kluang terpaksa menunggu di antara dua sehingga tiga jam sebelum mendapat seorang pelanggan akibat persaingan daripada e-hailing dan sindiket teksi haram.




Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang, Mustakim Jalil berkata, pendapatan harian pemandu teksi ketika ini yang semakin berkurangan menambah lagi tekanan pihak­nya apabila terpaksa membuat penggantian.


Katanya, setiap seorang pemandu teksi di Kluang ini hanya mampu meraih pendapatan maksimum RM50 sehari selepas ditolak kos minyak kenderaan.


“Dengan duit sebanyak RM50 sehari itulah digunakan untuk menyara keluarga dan jika ada lebih pun terpaksa disimpan untuk kegunaan waktu kecemasan.


“Kami bukan minta kerajaan menanggung sepenuhnya ke­perluan kos menukar tayar atau membaharui cukai jalan serta insuran, namun jika dapat dikurangkan sebahagiannya pun sudah memadai,” katanya di sini semalam.


Menurutnya, rayuan ini bukan hanya daripada persatuannya namun mewakili keseluruhan pemandu teksi di Johor yang terkesan teruk dengan saingan e-hailing lain serta sindiket teksi haram.


Ujarnya, jika sebelum ini pemandu teksi dapat diberikan pelbagai bantuan oleh kerajaan walaupun hanya sekali setahun, namun cukup memadai kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan kepada pengurusan kenderaan mereka.


Beliau turut merayu keprihatinan kerajaan untuk membantu pihaknya mengurangkan beban pengurusan kenderaan bagi membolehkan usaha mencari pendapatan menyara keluarga berjalan lancar dan tidak terjejas.


“Antara yang paling membebankan kami adalah penukaran tayar selain kos memperbaharui cukai jalan serta insurans.


“Kami sedar kerajaan ketika ini berdepan dengan kekangan kewangan, namun sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kebajikan pemandu teksi juga perlu diambil kira,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 12:15 PM | Show all posts
rasakan.....dulu2 kemain membongkak org2 teksi ni...pilih2 mana customer nak pergi...bagi alasan jam la...dekat sgt la...so on and so forth....bila dan dpt saingan hebat mcm ni baru nak melalak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 12:17 PM | Show all posts
aku igt dulu ada sorg pemandu teksi yg aku kenal ni sebelum pru 14, dia dengan geng2 teksi dia hari bertunggu tangga kat office invoke, kemahen menyokong tegar parti bangnon sebab katanya pkr paham masalah sengsara pemandu teksi, pkr nak perjuangkan nasib pemandu teksi yada yada.... hujung la ni... huhuhu taktau nak kata apa.... wakakaka btw pemandu teksi  yg sebelum ni bertunggu tangga kat office invoke tu semua dah sumpah seranak kena kencing

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:32 PM | Show all posts
rasanya ada je driver teksi guna app e-hailing
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aritu masa raya kan..i balik klate sorg..then kt airport tu i nk p umah atuk i dkt je ngan airport dah dia caj lebih rm70..tp i pun pakai grab or in driver lg murah rm15 je
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata bertukar kpd e hailing..taxi grab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman da berubah. Teknologi da berubah. Bnyk job yg da x wujud zaman skrg ni mcm jurutaip, juru tol. Kena la bljr terima kenyataan.

Ko nak evolve Guna teknologi atau mati. Ha pilih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 12:47 AM | Show all posts
If you can't beat them, join them.

Kalau buat benda yg sama setiap hari dan tak berhasil. Cubalah sesuatu yg baru.... Berhijrahlah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 01:25 AM | Show all posts
no wonder ramai driver teksi benci rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 23-7-2023 10:32 PM
rasanya ada je driver teksi guna app e-hailing


Kereta lebih 14.5 tahun xregister
Kontrak ada yang xhabis lg kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 06:43 AM | Show all posts
perangai teksi sendiri yang buat orang tak mau naik teksi gitu..

teksi selalu charge mahal dan 2 kali ganda dari grabcar...dah la teksi buruk dan tak terjaga kebersihan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 08:28 AM | Show all posts
taxi dah jadi obsolete mcm nokia, lama kelamahan org tak pakai...dah lah guna kereta buruk, berbau mahal pula tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:03 AM | Show all posts
tak semua teksi buruk, busuk....jangan la pukul rata semua....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:25 AM | Show all posts
sian dreba teksi
tp nk buat acane...join la ehailing
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 12:47 PM | Show all posts
Teksi masih boleh diselamatkan. Evolve ja jadi hybrid. Nak book pakai apps boleh, nak tahan tepi jalan pun boleh. Yang penting jangan menipu tambang, itu yg jadi pembunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 02:49 PM | Show all posts
JoinT je la ngan Grab apa adehal.. tapi tu le teksi buruk sapa nak naik khunezzz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 03:16 PM | Show all posts
sapa suruh eksen.. jem la, tak lalu situ la, pastu caj mahal benar.. dulu masa sekolah2 rajin je i naik teksi, malas nak bersesak2 naik bas. masa kat U pun naik teksi je, senang call je, muncul la depan rumah.. skrg dah takde kot eh radio taxi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 04:27 PM | Show all posts
Zaman  yg buruk sbgai pemandu teksi.  
Knp mrk jadi begini, sbb sikap dan penguatkuasaan yg lemah.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 24-7-2023 03:16 PM
sapa suruh eksen.. jem la, tak lalu situ la, pastu caj mahal benar.. dulu masa sekolah2 rajin je i n ...

Sama la.. Kumpul duit belanja sikit dpt la naik teksi seminggu sekali, rasa bangga dok belakang mcm boss n mampu byr tambang dua ringgit wakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 24-7-2023 03:16 PM
sapa suruh eksen.. jem la, tak lalu situ la, pastu caj mahal benar.. dulu masa sekolah2 rajin je i n ...

Sama la.. Kumpul duit belanja sekolah sikit dpt la naik teksi seminggu sekali, rasa bangga dok belakang mcm boss n mampu byr tambang dua ringgit wakakakak.kalau kena time miskin, kena naik bas intrakota huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.192032 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list