CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 2

Tiada Ruang Pelaku Keganasan Rumah Tangga Di TV, Radio - KPI

[Copy link]
Post time 23-7-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) menggesa stesen penyiaran tidak memberi ruang kepada pelaku keganasan rumah tangga dalam program mereka.


Gesaan itu disuarakan anggota KPI bagi sektor penyeliaan kandungan penyiaran, Aliyah Budianto yang kesal kerana beberapa agensi penyiaran, terutama stesen televisyen (TV) masih memberikan masa siaran kepada tokoh masyarakat seperti artis yang diketahui melakukan keganasan rumah tangga.






Sehubungan itu beliau menggesa stesen TV dan radio mengekalkan komitmen melindungi wanita dan kanak-kanak dalam bahan penyiaran agensi penyiaran itu.


"Ia sering ditemui dalam siaran TV, tetapi ia tidak bermakna tidak ada kemungkinan ia juga berlaku di radio.


"Dalam apa jua program, agensi penyiaran tidak seharusnya memberi ruang kepada pelaku keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi ANTARA semalam.


Menurut Budianto, terdapat kemungkinan besar kehadiran pelaku dalam program TV dan radio boleh mematahkan semangat mangsa untuk memperjuangkan hak mereka.


Beliau berharap agensi penyiaran akan lebih bijak dan menyiarkan kandungan pendidikan mengenai kesaksamaan jantina supaya kes keganasan rumah tangga dapat dikurangkan dari semasa ke semasa atau dihapuskan.


Selain itu, KPI juga komited untuk bekerjasama dengan institusi berkaitan termasuk Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak bagi meningkatkan kandungan mesra kanak-kanak dan wanita di media penyiaran.


"Kami berharap TV dan radio boleh menjadi ruang mesra wanita dan kanak-kanak, termasuk untuk wanita di luar sana yang masih mengalami keganasan dan ketidakadilan," katanya.


Berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Kebangsaan Mengenai Keganasan Terhadap Wanita (Komnas Perempuan), sekurang-kurangnya 4,371 kes keganasan diterima suruhanjaya itu pada Mac lalu.


Kes keganasan rumah tangga terhadap wanita menyumbang 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. - AGENSI




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 08:28 AM | Show all posts
keganasan rumahtangga tak bolehhh???

itu pelakor tu camna pulakkkkk???
taknak masukkan dalam undang2 ker???
hahahhahaa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 02:44 PM | Show all posts
Pelakor tu Penyondol Laki Orang ye cuolls?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.122262 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list