View: 370|Reply: 1
|
Michael Ang Baru Je Kenal The 1975 Lepas Viral - 'Bodoh Tahap Dewa Orang Famaous Mat Salleh Ni!'
[Copy link]
|
|
Tindakan provokatif ahli kumpulan dari British, The 1975 di pentas konsert Festival Good Vibes 2023, pada Jumaat turut menimbulkan kemarahan pengarah dan pelakon Michael Ang.
Katanya di Instagram, tiada siapa peduli mengenai pemikiran dan ideologi yang diperjuangkan kumpulan itu sebaliknya hanya mahu menikmati persembahan mereka.
IG
"Kadang-kadang bodoh juga orang-orang terkenal Mat Salleh ni.
"Kau datang sini untuk menyanyi dan kami bayar untuk melihat persembahan kamu, jadi nyanyi sajalah!
"Nyanyi lepas tu balik!" katanya.
Rata-rata warga maya termasuk rakan selebriti menyokong pendapatnya itu.
Terdahulu, vokalis The 1975, Matty Healy mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia serta mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.
Dia juga memegang botol arak ketika membuat persembahan dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan termasuk meludah. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Michael Ang kenal band apa je? |
|
|
|
|
|
|
| |
|