CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10263|Reply: 74

'Ngangkung' Pecah Rekod, Kutip RM8 juta

[Copy link]
Post time 22-12-2010 07:39 PM | Show all posts |Read mode





Syarikat produksi Metrowealth (MiG) sekali lagi melakar sejarah dalam pencapaian kutipan pecah panggung filem Malaysia apabila Ngangkung berjaya mengutip sebanyak RM8 juta selepas empat minggu ditayangkan.


Kutipan tersebut sekali gus menjadikan Ngangkung sebagai filem Melayu yang mencatat kutipan pecah panggung tertinggi setakat ini.


Filem komedi seram yang mula ditayangkan pada 25 November lalu itu turut mengatasi rekod filem Adnan Sempit yang mengutip sebanyak RM7.8 juta.


Lebih membanggakan, jumlah ini berjaya dikutip dalam tempoh sebulan berbanding tempoh 6 minggu bagi filem Adnan Sempit. Jumlah tersebut termasuk kutipan daripada pawagam bebas.


Selepas empat minggu di pawagam, Ngangkung masih menerima sokongan berterusan daripada penonton. Sokongan ini amat dialu-alukan bagi mencapai sasaran 1 juta penonton yang disarankan oleh pihak kerajaan.


Terdahulu, filem arahan Ismail Hasim atau Bob ini melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan minggu pertama tertinggi dalam sejarah filem Melayu iaitu RM3.7 juta.


Dalam kerancakan filem Malaysia ditayangkan setiap minggu sempena musim cuti sekolah, Ngangkung dilihat konsisten menguasai pawagam bersaing pula dengan filem-filem besar dari Hollywood.


Filem terbitan MiG ke-42 ini dijayakan oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira, Farisya Fatin, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet dan ramai lagi.


Tahun 2011 akan menyaksikan lebih banyak filem terbitan MiG menjengah pawagam termasuk Kembar Siang (2 Feb 2011), Kongsi, 3 2 1 Cinta, Sekali Lagi, Senario Ops Pocotdan Keramat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 08:14 PM | Show all posts
ye ke?ntah2 tipu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 08:23 PM | Show all posts
hklbr leh lawan tak huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 08:39 PM | Show all posts
ye ke ni ..................... ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 08:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by alyssasarah at 22-12-2010 20:45

Kalo ikut statistik, susah jugak HKLBR nak kejar Ngangkung sebab  Ngangkung ada main kat byk panggung.  Tak silap Ngangkung ada  kat 60 cinemas, HKLBK pulak kat lebih kurang 49 cinemas. Dalam 11 hari Ngangkung dapat rm 5.6 juta and HKLBK dapat rm4.2juta.
Tapi Ngangkung punya pawagam jadi kurang bila HKLBK starts within 2 weeks of screening.

So kalo tak der citer menarik masuk after HKLBR, mungkin ok kot.  Rasa2nya Janin, Damping Malam and Aku tak dara tuh tak kuat sgt nak saing ngan HKLBK.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 08:52 PM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2010 08:53 PM | Show all posts
MUSTAHIL     ! ! .... Aku tak percaya ! Dalam dekad ni mana ada satu filem Malaysia yang dapat mengatasai filem Dr. ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:13 PM | Show all posts
MUSTAHIL     ! ! .... Aku tak percaya ! Dalam dekad ni mana ada satu filem Malaysia yang dapat  ...
kinorif Post at 22-12-2010 20:53



    hahahaahha...tak hbis2 nk perli...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 09:16 PM | Show all posts
Reply 7# kinorif


ha'ah ek.. apa cite filim 2 alam
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:32 PM | Show all posts
mek kieda gigih bukak benang...syabas beteh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:51 PM | Show all posts
tahniah lerr
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:57 PM | Show all posts
pilem cmnie pun pecah panggung kt msia.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 10:00 PM | Show all posts
8juta???kayala MiG cmni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 10:08 PM | Show all posts
MUSTAHIL     ! ! .... Aku tak percaya ! Dalam dekad ni mana ada satu filem Malaysia yang dapat  ...
kinorif Post at 22-12-2010 20:53


kompom si kertu ni menangeh2 hentak kaki sambil tepuk2 bantal baca stetment ko..
makan dalam katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 10:09 PM | Show all posts
Reply 7# kinorif


    Ngangkung pegang rekod kutipan filem melayu terbesar... 2 Alam pemegang rekod tayangan filem melayu terbesar di 83 panggung.

p/s: dR rozmey menanggung MALU BESAR
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 10:50 PM | Show all posts
Pelakon akan dpt bonus lpas ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 11:04 PM | Show all posts
btw ... ape maksud ngangkung yek? ngangkang atas kangkung?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 11:59 PM | Show all posts
best sgt le ngangkung ni?kawan2 aku yg pergi tgk semua kuar dgn muka boring.katanya x best!aku lum tgk sbb aku dah tgk hklbr..taknak mood aku spoil pasal so far aku suka hklbr lagi)
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:37 AM | Show all posts
pada aku HKLBR lagi best
anyway, aku suka style David Teo ni sbb dia byk bagi peluang kat bakat2 baru mengarah filem2 MIG
seronok la pelakon2 & krew dpt bonus
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:44 AM | Show all posts
Reply 7# kinorif

hahaha..kang keluar pulak video hitler aka ddr marah pasal ni pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 1.153335 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list