CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

Afizi sandaran Pink Racing raih mata

[Copy link]
Post time 22-7-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

AFIZI mempunyai kemampuan menaiki podium pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu hari ini.

KELIBAT Md. Afizi Supaat menjadi taruhan terbaik pasukan Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT) untuk meraih mata dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

Pemilik TCPRT, Nur Atikah Azwar berkata, Afizi kini berada dalam prestasi terbaik dan mampu mempamerkan tunggangan lebih baik selepas menamatkan perlumbaan pusingan terdahulu kategori perdana CP150 pada kedudukan kelima.

“Prestasinya amat baik di Sepang dengan meraih 11 mata dan walaupun sudah lebih sebulan, semangat Afizi semakin berkobar-kobar untuk beraksi di Terengganu.

“Selain itu, seorang lagi penunggang, Harith Farhan Baharin juga dijadikan sandaran untuk mengutip mata berharga, sekali gus membaiki kedudukan kate­gori pelumba dan pasukan.

“Kami juga telah menambah baik keupayaan jentera selepas saingan pusingan keempat di Litar Antarabangsa Sepang pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada pusingan keempat bulan lalu, Afizi hampir menghadiahkan podium buat TCPRT apabila berada pada kedudukan kelima, manakala Harith Farhan di tempat ke-13.

Dalam sesi latihan bebas di Litar Permotoran Terengganu semalam, Afizi mencatat 50.766 saat (s) sebelum membaiki catatan masa terbaik 50.633s pada sesi kelayakan pertama.

Harith Farhan pula merekodkan masa 51.073s dalam sesi latihan bebas sebelum tampil lebih bagus menerusi catatan masa 49.987s pada sesi kelayakan pertama semalam.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... k-racing-raih-mata/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.548325 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list