View: 1146|Reply: 12
|
Belum Tengok Dah Kecam Bukan-Bukan, Fizz Fairuz Nak Bawa Ustaz-Ustaz Di Malaysia Tonton Mat Tudung Begins
[Copy link]
|
|
Filem Mat Tudung Begins meraih reaksi negatif yang mencetuskan polemik dalam kalangan pemerhati dunia hiburan gara-gara paparan imej lelaki menyerupai wanita.
Perkongsian poster promosi dimuat naik barisan pelakon naskah itu dalam media sosial pantas mengundang kecaman bukan hanya netizen, malah agamawan.
Rata-rata menyelar produksi terbabit tidak sensitif dan mempermain-mainkan hukum agama.
Selaku pelakon membawakan watak Sabri atau Sabrina yang perlu menggayakan pakaian wanita dan bertudung, Achey sebenarnya sedia maklum berhubung risiko berhadapan apa sahaja kritikan ketika menerima tawaran berkenaan.
Pemilik nama lengkap Mohd. Nasir Hamzah, 37, itu menegaskan watak Sabrina dalam karya berkenaan boleh dijadikan pengajaran supaya tidak menjadi ikutan ramai.
“Kadang-kadang nak jadikan pengajaran memerlukan pengorbanan. Kalau hanya sampaikan dalam bentuk lisan, perkara tersebut tidak sampai.
“Sebagai pelakon, memang saya salah, tetapi orang sekarang belajar daripada perbuatan, baru dapat jadi ikhtibar.
“Jangan hanya dengan melihat poster terus hentam saya. Cuba tonton filem baru nampak apa sebenarnya yang nak disampaikan,” katanya kepada Kosmo.
Sutradara Mat Tudung Begins, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia juga dihentam teruk susulan kemunculan pempengaruh dari Indonesia, Mimi Peri yang terkenal dengan watak ‘wanita jadian’.
Teguh dengan pendirian, Fizz yang membuat kemunculan perdana sebagai penerbit dan pengarah mahu orang ramai menonton terlebih dahulu karya itu sebelum memberikan komen negatif.
“Saya ambil Mimi Peri kerana pempengaruh media sosial punya pengaruh yang besar dalam mengangkat sesuatu isu.
“Ada sebab mengapa dia ada dalam penceritaan yang saya mahu sampaikan, bukan sekadar gunakan dia untuk buat penonton terhibur.
“Ada beberapa ustaz di Malaysia pertikaikan hukum hakam.
“Kalau boleh saya mahu bawa mereka menonton cerita ini kerana saya bukan mengangkat lelaki lembut semata-mata,” ujar Fizz.
Mengulas lanjut prekuel Mat Tudung yang popular sekitar 2014 itu, Fizz teruja menghasilkan filem berkenaan dek banyak permintaan khalayak.
“Salah satu sebab saya hasilkan kesinambungan karya ini adalah kerana ada permintaan.
“Hampir lapan ke sembilan tahun saya minta izin Norman Abd. Halim untuk menghasilkan naskhah ini dan akhirnya pada 2022 dia izinkan.
“KRU ada minta tukar semua perkara dan saya turutkan termasuk lagu,” katanya.
Sama seperti Mat Tudung versi lama, versi terbaharu mengekalkan genre komedi yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Mat Tudung Begins mengangkat kisah serupa iaitu seorang lelaki menyamar menjadi wanita bagi menyelesaikan masalah keluarga.
Selain Fizz dan Achey, filem berkenaan turut dibintangi Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi, Fazliana Ahmad Daud, Abang Gee serta Mimi Peri.
Mat Tudung Begins akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 3 Ogos depan. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni paham hukum ke, lelaki tak boleh menyerupai wanita? |
|
|
|
|
|
|
|
Mat tudung satu dulu bolehlah layan santai2.. Tu pon tgk kt astro tak kuasa nak beli Tiket. |
|
|
|
|
|
|
|
tetap tak kuasa nak nengok yahhh...
dah la dedua rhoper macam beruk salji dan pekat keturunan leluhur hindu majapahit...
baik aku gi tengok filem pasal binatang atau ikan duyung hitam dan hodoh tu... lagi berbaloi dari filem pprt ko ni nyahhh...
poster pun macam kedai mengurut kaki dekat thailand tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem patuh syariah pun ustaz x tgk nikan pulak xpatuh |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih pulak nak ajak ustaz tgk masalahnya kalau ustaz sudi tgk pun x semestinya kita nak pergi tgk, baik iols tgk Oppenheimer lagi bermanfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Degawan ? huhhh lagi la org tak hingin |
|
|
|
|
|
|
|
Another film yg finas luluskan bakal rugi? Nantikan |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik nama lengkap Mohd. Nasir Hamzah, 37, itu menegaskan watak Sabrina dalam karya berkenaan boleh dijadikan pengajaran supaya tidak menjadi ikutan ramai.
So itu tiket untuk buat ape2 watak ke?
Porn actor pun boleh cakap mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
cite ringan2 buat hilang stress noks...
walaupun selera ummah malaya skrg ni tgk pilem mat kilau katanyerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Bg free pun tetap tak nak tgk. Baik tgk barbie dan oppenheimer |
|
|
|
|
|
|
|
Yg masa beli ironman tu ke,klu yg tu mmg nmpk kasar sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
kau pertikaikan ustaz2 yang sentuh pasal hukum hakam..kau tau ke tidak haram lelaki menyerupai perempuan? pakai gelang pun harom, ni kan pulak lengkap berbaju kurung, bertudung..kalau zaman tok mat rahmat kau ni dah kena gam tau dak..yiih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|