CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1624|Reply: 9

Isteri Tak Cemburu Fadlan Hazim Berlakon Dengan Wanita Lain "Saya Pun Faham Kerja Dia Sebagai Jurutera Komputer"

[Copy link]
Post time 21-7-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Fadlan Hazim mendedahkan dia sebenarnya tidak sihat beberapa hari sebelum bernikah.


Katanya dia demam kerana kurang rehat berikutan jadual kerja yang padat dan sibuk menyiapkan drama adaptasi 50 episod terbitan Global Station Sdn Bhd.


Foto: IG




"Saya demam bukan sebab gementar nak akad nikah ataupun fikir macam-macam mengenai majlis kahwin kami. Cuma, kurang rehat saja. Tapi, alhamdulillah semua lancar dan kami sudah menjadi suami isteri.


"Memang jadual kerja saya agak padat, cuaca pun tidak menentu dan kurang rehat pula, itu puncanya (demam). Tapi, berbaloi juga sebab masih dapat bernikah dan saya lega apa yang kami rancang untuk perkahwinan ini dipermudahkan Allah," katanya kepada Harian Metro.


  



Ditanya juga mengenai majlis nikah yang sederhana itu, Fadlan berkata, dia dan isteri, Aiya ingin melakukan perkara penting iaitu bernikah dahulu. Katanya, mereka merancang majlis resepsi pada pertengahan Oktober depan yang disertai ibu bapa dan keluarga Aiya.


"Sekarang kami berdua sibuk dengan urusan kerja masing-masing terutama saya yang hanya bercuti beberapa hari dan akan masuk ke set penggambaran semula. Alhamdulillah syukur rezeki berlakon saya pun tidak putus-putus.


"Bagi saya ini rezeki berkahwin kerana sebagai suami dan ketua keluarga, saya kena bersemangat bekerja untuk menyara isteri. Malah, Aiya juga memahami karier saya dan insya-Allah, dia tidak terlalu cemburu."




  



"Bagi adegan bersentuhan, saya sudah lama menjaga batas ketika berlakon. Ini kerana, saya amat menghormati rakan pelakon wanita yang bekerjasama itu. Ditambah ada antara mereka sudah berkahwin dan berstatus isteri orang.


"Jadi, wajar untuk saya menjaga batas antara kami ketika berlakon kerana tahu ada hati yang perlu dijaga iaitu pasangan (suami) mereka. Setakat ini, alhamdulillah hasil kerja lakonan saya masih baik walaupun tidak melakukan adegan bersentuhan," katanya.


Fadlan berkata, dia juga banyak berbincang dengan pengarah dan rakan pelakon terbabit. Katanya lagi, apa yang pasti, pengarah serta penulis skrip juga memahami dan dapat menerima keputusan itu dengan baik.




  



Selamat dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi dengan sekali lafaz, Fadlan mengakui dia juga memahami bidang kerja Aiya sebagai jurutera komputer.


  



Pada majlis pernikahan itu yang hanya dihadiri ibu dan keluarga Fadlan serta kenalan rapat mereka, Aiya menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin emas berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 02:13 PM | Show all posts
doa la bbanyak somi cikki x mencurang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa bini nye, tp jenis natural x suka sgt make up tp bila make up wowawie..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah beberapa kali aku baca sejak dia belum kawin lagi dia beritahu wife dia ni jurutera komputer. Ok kami dah tau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 02:26 PM | Show all posts
hahaha sis pun nak ckp benda sama. yela bini ko jurutera komputer..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 02:38 PM | Show all posts
motippp nak cemburu??

laki ko pun dah kepam penuh dengan sabut nyoq dan kutu nyahhh... lepastu penat nak kena kopek mengopek nak cari mulut nak comolot...

choiiii baik bercinta dengan pokok kelapa je kalau gitu... kurang2 boleh perah santan buat nasi lemak...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife dia lawa betudung. Kalau free hair biasa sgt di mata i. Mcm amoi2 biasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 03:45 PM | Show all posts
anony-mous replied at 21-7-2023 03:28 PM
Wife dia lawa betudung. Kalau free hair biasa sgt di mata i. Mcm amoi2 biasa

tapi dia jurutera komputer

@DeLuna85




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-7-2023 03:45 PM
tapi dia jurutera komputer

@DeLuna85

Hahahaa sempat
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 08:14 PM | Show all posts
baguih laki dia bangga sungguh bini enginiar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067713 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list