View: 828|Reply: 9
|
Dalam Penjara Jadi Imam Dan Bilal, Dah Bebas Ismahalil Jadikan Surau Sebagai Rumah Kedua
[Copy link]
|
|
Air mata Ismahalil tumpah apabila dapat kembali memeluk erat ibu tersayang selepas dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis Isnin lalu.
Ismahalil bertemu ibunya, Salbiah Mohd Noor, 88, sehari selepas dibebaskan sebagai menunaikan salah satu hasrat yang terbuku selepas tuduhan terhadap dirinya digugurkan.
Berkongsi detik pertemuan ibu dan anak itu, isterinya iaitu Nor Haslinda Abd Manaf, 50, berkata, Ismahalil tidak dapat menahan air mata dan terus berpelukan sejurus tiba di rumahnya.
Foto: mStar
"Sebelum berjumpa saya ada beritahu ibu mentua supaya jangan menangis sebab Isma orangnya berhati lembut tetapi apabila sudah depan mata, dua-dua memang tak dapat tahan air mata.
"Isma peluk ibunya dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ibunya pula memberitahu dia sentiasa doakan yang terbaik untuk Isma dan anak-anaknya yang lain," katanya kepada mStar.
Haslinda turut berkongsi detik pertemuan ibu dan anak itu di laman sosial miliknya.
Dalam pada itu, Haslinda berkata, ibu mentuanya sentiasa mengikuti perkembangan perbicaraan Isma sejak suaminya itu ditahan pada Ogos 2021.
Foto: mStar
Malah Salbiah juga pernah menziarahi Ismail ketika di penjara pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
"Ketika dalam tahanan, Isma ada beritahu tidak mahu berjumpa ibunya kerana enggan melihatnya sedih tetapi apa saya nampak ibu mentua sangat kuat dan dia sendiri yang mahu melawat Isma.
"Sepanjang proses perbicaraan, saya akan maklumkan perkembangan kes Isma kepada adik-beradik lain dan ibu mentua juga ambil tahu apa yang berlaku kepada anaknya," ujarnya.
Sementara itu, berkongsi perkembangan Ismahalil sejak dibebaskan, Haslinda memberitahu suaminya itu kini lebih banyak melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan di surau berdekatan rumah mereka.
"Ketika dalam tahanan Isma sering menjadi bilal dan imam... jadi selepas dia dibebaskan, dia mahu teruskan perkara itu.
"Selain itu, dia kini sedang berehat dan mungkin perlu sedikit masa untuk kembali jumpa rakan-rakan lain," kongsinya.
Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Isma daripada pertuduhan mengedar dadah selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.-CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
ooo heols cuma mengedar kanabis patut la boleh lepas... ingatkan syabu ke apa yang lagi dahsyat tu...
so jangan sia2 kan peluang yach...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertuah lah masih ada ibu yg mendoakan..bini kedua pun very supportive.
Apalagi nk kat dunia ni..bersedehana cukuplah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh...masih ada isteri...ingatkan duda ke apa..cam orang bujang je lifestyle sebelum masuk penjara...kat radio pun kemain asyik lawak2 janda.. hihihi... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: ooo heols cuma mengedar kanabis patut la boleh lepas... ingatkan syabu ke apa yang lagi dahsyat tu...so jangan sia2 kan peluang yach...
Ikut pertuduhan mengedar tapi bukan barang dia pun sbb bilik tu sesapa lek masuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
kira bkn brg dia lah eh...sia2 kena penjara |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau barang dia ke tak sebab ada reasonable soubt kan, bilik tu sesapa pun boleh keluar masuk. tapi alhamdulillah dapat peluang kedua. nampak berisi & sihat pulak dia. tak payah lah jumpa kawan2 lama yg ada kaitan dgn dadah lagi. carik circle baru, lepak tempat baru, turn over a new leaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kisah benar yg Samsul Debat share...ada pesalah yg dikenakan hukuman gantung bgtau pada ustaz dan peguambela hari dia nk kena gantung tu..dia kata dia bersumpah dgn nama Allah dia x buat pun apa yg dituduh...maknanya polis tangkap salah org...ustaz dan peguam bela tu menangis sekali...tp lelaki tu kata dia redha dgn ketentuan Allah ..cuma dia nk bgtau yg Kesalahan tu bukan dia yg lakukan ..dlm penjara pun dia bnyk melakukan ibadat...
Sebelum dia digantung, depan ustaz dan peguam bela dia bgtau anak2 dia supaya jaga ibu( isterinya)..mmg sedih waktu tu....
Mungkin ada ayat aku yg x betul dlm penerangan proses hukuman gantung tapi sebelum dia gantung itulah pengakuan dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa..mati2 aku ingat ini CI.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|