View: 1017|Reply: 8
|
"Kalau Otak Lucah Tiang Pun Nampak Seksi," Amelina Bangga Dapat Sara Dan Besarkan Anak-Anak Hasil Gelek Dangdut
[Copy link]
|
|
Amelina sedar genre dangdut selalu dipandang negatif oleh masyarakat disebabkan tarian serta gelekkan yang dipersembahan.
Namun katanya setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan penonton dan peminat.
Foto: IG
"Bagi saya setiap penyanyi dangdut ada cara tersendiri untuk bawa genre itu. Mungkin dia rasa nak bawa karakter (bergelek) itu.
"Saya pun sejak memperjuangkan irama dangdut ini tiada bergelek atau nampak lucah tapi biasalah pemikiran orang.
"Kalau orang itu negatif, tiang pun dia boleh nampak seksi," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Amelina mengakui irama dangdut mempunyai peminat tersendiri sehingga kini.
Disebabkan sokongan dan permintaan itu membuatkan dia masih mampu bertahan dan menyara anak-anaknya dengan genre tersebut.
"Bagi saya peminat dangdut ini tetap ada, saya pernah hilang 15 tahun. Kalau ikutkan orang dah tak ingat tapi dangdut ini ada kelompok peminat dia sendiri.
"Saya buat persembahan di acara korporat dan ke mana-mana, siapa kata dangdut ini tidak ke mana," ujarnya.
Bercakap mengenai Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Live In Kuala Lumpur pada September depan, Amelina berkata dia tidak berkecil hati apabila menjadi pilihan kedua untuk menggantikan penyanyi asal Baby Shima.
"Saya tak anggap diri saya sebagai pilihan kedua dan saya rasa tak wujud istilah pilihan kedua. Bagi saya penganjur mungkin tidak berpeluang untuk jumpa saya lebih awal kerana jadual.
"Saya tahu tahap saya di mana dan saya anggap ini sebagai peluang memandangkan bukan senang konsert dangdut boleh diadakan di Malaysia.
"Bagi saya yang sudah mempunyai puluhan lagu dangdut jadi saya terbuka hati untuk melakukan persembahan dalam konsert yang menggabungkann penyanyi Malaysia dan Indonesia.
"Saya cuma nak orang buka mata tentang dangdut Malaysia, yang mana inilah saya perjuangkan. Jadi saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada konsert ini," kongsinya.
Konsert yang dijadualkan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor itu pada asalnya menampilkan Baby Shima.
Namun konsert itu terpaksa ditunda pada 30 September depan dan Amelina dipilih menggantikan Baby Shima yang tidak dapat menyertai berikutan komitmen lain.
Selain Amelina dan Ani Mayuni, penyanyi dangdut Indonesia seperti Siti Badriah, Hesty Klepek Klepek, Fitri Carlina dan Rheyna Morena akan turut serta di konsert Goyang Asia-Koplo Milenia itu nanti. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kalau tengok wajah amelina je mesti teringat wajah anak sulong ziana zain yang katanya smart tu...
mungkin sebab dedua hidung jambu batu rnr senawang kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk dia ni dr dl nyanyi dangdut to joget kekiri kekanan je..Tu pun Kalo dia bergerak.. kadang2 dia nyanyi mcm nyanyi lg negaraku..Lg dangdut tegak terpacak je..X penah pun nampak dia buat gelek2,gelek gerudi Inul..hehehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Perna tertgk 1 drama acik ni berlakon. Dia sebut ah ahh tu mcm menggoda sgt. Iolss I segan tgk nya. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku boleh terima dia nyanyi dari mas idayu |
|
|
|
|
|
|
|
dangdut asal indon,
indon = seks
dangdut seksi
dulu aku dan kawan2 lepak rumah kongsi indon main pingpong ( kadang2 pekene sut )
indon tu pula suka pasang lagu dangdut,
jd rata2 lirik lagu dangdut ni mmg berunsur kan seks,,,
ada yg mmg terang2 citer pasal seks, cam jagung yg besar, jagung yg kecil ,
nnti aku nak cari ada tak dangdut yg mengagung kan tuhan atau nyai ratu roro kidul... |
|
|
|
|
|
|
| |
|