CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 537|Reply: 7

Ibu Murid Tahun 5 Setuju Hukuman Rotan Tapi Bukan Sampai Cedera Dan Trauma

[Copy link]
Post time 20-7-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Setuju merotan murid, namun ibu kepada murid Tahun 5 yang dirotan guru sehingga membuat laporan polis, tengah malam semalam di Segamat menegaskan tindakani tu tidak sepatutnya sampai mencederakan.


Saraswathy Arumugam, 41, berkata, pendekatan merotan murid atau pelajar yang culas hadir dan bermasalah perlu demi kepentingan untuk mendidik di awal usia.




Saraswathy menunjukkan laporan polis dibuat ke atas guru besar sebuah SJKT di Jementah yang didakwa merotan anaknya sehingga cedera.




“Ketika saya sekolah dulu, guru dibenarkan merotan, tetapi merotan yang tidak mencederakan.


“Ketika itu tidak jadi kesalahan pun (guru rotan murid). Tetapi bezanya sekarang ini ada segelintir guru yang merotan sehingga tahap keterlaluan seolah melepaskan geram.


“Dalam situasi yang tertentu, kita kena balik pada yang asas juga. Tidak salah rotan untuk mendidik, tetapi bukan mencederakan dan mendatangkan trauma, seperti yang berlaku kepada anak saya,” katanya ketika ditemui di Bandar Jementah di sini, hari ini.


Saraswathy mengakui dia juga pernah dirotan mendiang bapanya, Arumugam Letchumanan sewaktu kecil.


“Sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak dirotan walaupun melakukan kesalahan sehingga ada yang membenci guru, boleh meruntuhkan hubungan keluarga dan pihak sekolah.


“Mendiang bapa saya dahulu sangat memihak kepada guru dan menyokong sekiranya ada guru yang merotan anaknya kerana ia dilakukan demi kebaikan,” katanya yang juga merupakan pekerja syarikat pembersihan swasta.


Terdahulu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, seorang murid elaki Tahun Lima sebuah sekolah rendah di sini cedera di badan dan muka waktu pembelajaran semalam, selepas didakwa dirotan guru besar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis cikgu tu anak manja kt uma..tk pernah kene rotan masa kecil..jadi bila jadi cikgu dia gunakan 100 peratus tenaga org dewasa menghayun rotan tu smpai cedera ..

Patut KPM bagi kursus merotan kat cikgu2 ni..takpun syarat jadi cikgu.kene rotan bontot cikgu masing2 dulu .bagi cikgu yang belum merasa dirotan...baru dianugerahkan sijil merotan murid2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan benarkan guru merotan aje. Ala kalau guru2 tu pun cuba kalau tanya result mereka masa kecik dulu, mostly corot aje. Kadang2 SPM penuh D dan C pun KPM ambik jadi guru. Banyak songeh pulak nak cederakan orang
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:40 AM | Show all posts
dh bogik bona la tu
xpun cikgu dipress
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:51 AM | Show all posts
bukan semua cikgu ada kebenaran merotan. jgn emosi laa..
ni budak bukan penjenayah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 11:24 AM | Show all posts
teringat zaman 90an dulu kalau kena rotan nak balik pun takut kalau ibubapa tahu haha. dekat sekolah kena rumah pun kena juge hahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2023 12:16 PM | Show all posts
bbi25 replied at 20-7-2023 11:24 AM
teringat zaman 90an dulu kalau kena rotan nak balik pun takut kalau ibubapa tahu haha. dekat sekolah ...

Aiol plak hairan dgn yg sllu bgitau dlu kna pulun dgn makpak pstu jdi mnusia, iol dlu xde lh smpai kna pulun tpi jdi mnusia gak
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 12:17 PM | Show all posts
sangbara2020 replied at 20-7-2023 10:40 AM
dh bogik bona la tu
xpun cikgu dipress

Lgi2 klau cikgu tu dh ada laki & anak, stress psl hal rumah, kat students d jerit2 nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.053590 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list