CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

Danial Syahmi berang kena ‘sodok’ Almansa

[Copy link]
Post time 19-7-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Ketika perlumbaan berbaki dua pusingan, Danial Syahmi dihimpit oleh pelumba Sepanyol dan terjatuh pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Dunia JuniorGP di Litar Barcelona-Catalunya kelmarin.

PELUMBA muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril mengakui kecewa selepas impiannya untuk berjuang meraih podium pada Kejuaraan Dunia JuniorGP tidak kesampaian selepas ‘disodok’ keluar pelumba Sepanyol, David Almansa kelmarin.

Pada saingan itu, Danial yang bersaing bersama pasukan Asia Talent Team berada di kelompok hadapan dan berpeluang untuk menaiki podium pertamanya di pusingan kelima di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol.

Namun, pada baki dua pusingan terakhir Alamansa bertindak agresif memintas Danial dari dalam dan berlaku sedikit pe­langgaran menyebabkan Danial terjatuh hingga menyebabkan jari tengahnya mengalami luka agak teruk.


DANIAL menunjukkan jari tengahnya yang mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika bersaingan pada perlumbaa 2 di Litar Catalunya-Barcelona kelmarin.

Akibat insiden tersebut, Almansa dari pasukan Finetwork Mir Racing Team dikenakan ­penalti selepas dikesan me­nunggang secara berbahaya, sekali gus terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Perlumbaan tersebut dimenangi oleh Fadillah Arbi Aditama dari pasukan Astra Honda Racing Team dan tempat ketiga menjadi milik pelumba pasukan, Aspar Junior Team, Joel Estaban.

“Pada Perlumbaan 1 saya bermula di petak ke-24 akibat penalti dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15. Bagi saya ia adalah kutipan mata yang amat bermakna buat saya dalam perlumbaan ini.

“Pada Perlumbaan 2, saya bersaing dan berjaya meloloskan diri di kelompok hadapan. Saya cuba untuk mendapatkan podium, namun berbaki 2 ­pusingan terakhir saya ditolak dan terjatuh.

“Saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan dan mengalami kecederaan di jari. Saya harap dapat sembuh secepat mungkin untuk kembali berlumba semula,” kata Danial.

Hasil keputusan tersebut, Danial kini berada di kedudukan ke-20 keseluruhan dengan me­ngumpul 19 mata.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... kena-sodok-almansa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052020 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list