CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 9

Bukan Buang Anak, Tapi Ibu Kemurungan Serah Kepada Pusat Jagaan

[Copy link]
Post time 18-7-2023 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Bukan buang anak, tetapi seorang ibu yang mengalami masalah kemurungan dengan rela hati menyerahkan anak perempuannya berusia 11 tahun kepada sebuah pusat jagaan kanak-kanak.


Wanita berusia 38 tahun itu mendakwa dia berdepan kekangan hidup untuk membesarkan kanak-kanak berkenaan.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat ibu kanak-kanak itu kira-kira jam 8.20 malam, Ahad lalu, sehari selepas pengurus sebuah taska di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang itu membuat laporan polis.


KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun yang dibawa ke Balai Polis Taman Scientex untuk diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). FOTO Tular





"Kita menerima laporan daripada seorang pengurus taska iaitu wanita berusia 42 tahun yang hadir ke Balai Polis Taman Scientex pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8 malam, untuk menghantar kanak-kanak perempuan tempatan berusia 11 tahun itu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


"Ibu kanak-kanak itu katanya tidak sanggup menjaga anaknya yang dikatakan pernah lari dari rumah. Esoknya, ibu kanak-kanak itu turut membuat laporan polis memaklumkan dia dengan rela hati menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada pusat jagaan kanak-kanak berkenaan atas sebab kekangan hidup," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.


Menurut beliau, hasil siasatan mendapati ibu kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah kemurungan dan sedang mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Permai di sini.


"Kita turut mendapati tiada elemen pengabaian, penderaan atau gangguan seksual ke atas kanak-kanak berkenaan.


"Kes diklasifikasikan sebagai rujuk lain-lain agensi iaitu JKM dan kanak-kanak itu kini berada di pusat jagaan kanak-kanak terbabit," katanya.


Terdahulu, polis mengesan satu hantaran dimuat naik satu akaun media sosial di 'Twitter' mendakwa seorang ibu membuang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu kerana dikatakan sudah berkahwin baharu.


Pada masa sama, Mohd Sohaimi mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik i xcerca haritu sbb dah was2 xkn umur 11 baru nk buang? Agknya ank jenis social bawa masalah, mak plak ada sakit mental. So serah la kat pusat jagaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 18-7-2023 07:41 PM

Hari tu kat page baitus solehah tu pun ada mak yg ada masalah kesihatan mental nk minta suh jaga anak dia jap sementara. Dia sayang anak dia tp risau takut dia akan cederakan anak dia ke apa.
Baby lagi baru 5 bulan camtu.

Sbb tulaa kalau tak silap dibenarkan kalau si ibu ada masalah mental serius utk gugurkan kandungan kan?

Iols tertarik ngn komen katanya walaupun baby tu dijaga pihak lain utk sementara tp benarkan si ibu tu lawat juga.
Jgn terus senyap kang lagi teruk mental dia, sbb dia mmg sygkan anak dia tp risau dgn keadaan diri bimbang kang time dia tak waras tu tiber akn buat yg bkn2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah beri kesembuhan utk ibu tersebut.. byk dugaan dia tanggung dia je yg tahu. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous: Nasib baik i xcerca haritu sbb ...


Pas tu antar rumah bainun.. aku takut laa dgr budak rumah bainun tuu kuat menipu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak kp sakit satu hal.. yg ko lari dr rumah napee.. bertmbh sakit mak ko..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana mak sedara pak sedara.. masing masing buat bodoooo.. time rete pandai peraidd.. puihhhh.. aku benci org guna islam utk kepentingan diri sajaa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 03:44 PM | Show all posts
kesian ibu dgn anak ni

anak tu pun masih budak mentah tak tau apa2

ibu pula bergelut masalah kesihatan

sapa la buat fitnah mereka cerita ibu kawen lain serah anak kt pusat jagaan kanak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 10:29 AM | Show all posts
dalam pada kemurungan sakit mental tu sempat la jugak berlaki baru ye....biar kesempitan hidup, cikpek tetap perlu disodok ye konsepnya. pastu beranak lagi, pastu murung lagi, pastu berlaki lagi... begitulah kitaran hidup...... meols sorry la memang takde rasa kesian ye, meols dah duduk line-line kebajikan ni begitulah kitarannya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 11:46 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-7-2023 10:29 AM
dalam pada kemurungan sakit mental tu sempat la jugak berlaki baru ye....biar kesempitan hidup, cikp ...

itulah pasal
dalam duk murung2
ada juga lah laki baru tu
no wonder laki baru takmo jaga anak
nak jaga bini kemurungan kan
tapi boleh plak laki tu terima
pompuan ada masalah gini
tak ke mencari beban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042394 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list