CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 1

Ingatkan Anak Patung, Janin Bayi Ditemukan Di Loji Kumbahan Flat Di Sabah

[Copy link]
Post time 18-7-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Disangka anak patung rupa-rupanya janin bayi ditemukan di loji kumbahan di sebuah pangsapuri di Inanam semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, semasa ingin melakukan kerja-kerja pembersihan, seorang pekerja pembersihan  terlihat satu objek dalam sangkar perangkap sampah yang disangka anak patung.


Namun, apabila sangkar itu dinaikkan sedikit ke atas, pekerja berkenaan terkejut apabila ia sebenarnya janin bayi.


Foto: Utusan




“Lelaki itu kemudiannya mengangkat sangkar itu naik ke atas kerana arus air di loji kumbahan agak deras dan dia mengeluarkan janin tersebut kerana bimbang ia akan dihanyutkan arus.


“Pekerja itu memaklumkan penemuan janin berkenaan kepada penyelia loji yang kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada Utusan.


Menurutnya, pemeriksaan awal terhadap janin itu di Jabatan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah mengesahkan janin berkenaan telah meninggal dunia.


Pemeriksaan juga mendapati keadaan janin masih bertali pusat dan doktor tidak dapat memastikan jantina bayi tersebut dengan tepat tapi, berkemungkinan adalah lelaki.


Foto: Utusan







“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menjalankan pemeriksaan terhadap janin tersebut. Ukuran tinggi kira-kira 18 sentimeter (sm)  Mayat masih bertali pusat dan lengkap anggota badan.


“Mayat bayi dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dijalankan bedah siasat selepas keputusan calitan Covid-19 diperolehi,” katanya.


Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hatikah Ahmad di talian 016-8337243.


Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. –CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baby
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.049939 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list