CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 14

Bonzer Bakar Isteri Dihadapkan Ke Mahkamah

[Copy link]
Post time 18-7-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Manjung: Seorang bonzer bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh isterinya dan memasukkan dadah ke dalam badannya, minggu lalu.


S Gabriel, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Kavita. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.


Mengikut pertuduhan, Gabriel didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada E Komati, 33, di alamat No. 51, Ladang Walbrook, Sitiawan di sini jam antara 6.30 petang hingga 7 malam pada 10 Julai lalu.


S GABRIEL dituduh membunuh dengan cara membakar isterinya di Mahkamah Majistret Seri Manjung. FOTO Muhamad Lokman Khairi




Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan 18 September depan bagi sebutan semula kes.


Di kamar Mahkamah Majistret berasingan, Gabriel kemudiannya dituduh dengan sengaja memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya bertempat di Balai Polis Pantai Remis pada 6.40 petang 12 Julai lalu.


Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan dan 25 Oktober depan bagi sebutan semula kes dan serahan laporan patologi di Mahkamah Majistret Pantai Remis.


Terdahulu, polis menahan Gabriel pada 11 Julai lalu selepas disyaki bertindak kejam membakar isterinya akibat berang dituduh menagih dadah.


Mangsa disahkan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 04:45 PM | Show all posts
ironinya nama perempuan tu

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 18-7-2023 04:45 PM
ironinya nama perempuan tu

Time aku sekolah rendah dulu mmg ada bdk perempuan India nama mcm tu. Lain skit je E tkr dgn S. Yg blkg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 18-7-2023 04:45 PM
ironinya nama perempuan tu

Nama kwn aku dulu pun cenggini.. last aku tau dia amik medic tak tau laa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:06 PM | Show all posts
otai_g replied at 18-7-2023 05:01 PM
Time aku sekolah rendah dulu mmg ada bdk perempuan India nama mcm tu. Lain skit je E tkr dgn S. Yg ...

கோமதி



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:06 PM | Show all posts
Buritan replied at 18-7-2023 05:03 PM
Nama kwn aku dulu pun cenggini.. last aku tau dia amik medic tak tau laa ni

கோமதி





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 18-7-2023 05:06 PM
கோமதி

Amende nii.. tokojut den ade maruku..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:11 PM | Show all posts
Buritan replied at 18-7-2023 05:08 PM
Amende nii.. tokojut den ade maruku..



ape lah sis ni
antara tulisan tertua dunia disamakan dgn maruku



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 06:08 PM | Show all posts

budak sekolah aku dulu ada sorg nama kogila. ironinya dia mmg ada tekanan mental, selalu ckp sorg2 dlm kelas. dia ni hari2 kena dera dengan bapak dia. tapi jaman aku sek ren dulu abuse anak2 sampai mental mcm tu mmg hak mutlak ibu bapa. jiran sebelah rumah aku cina pon sama hari2 dia dera anak dia study, bapak dia hari2 herdik marah2 sebat guna pembaris kalau dia tak study. aku nengok budak tu sampai tahap bercakap sorg2. parent aku ada juga nasihatkan parent cina tu tapi ntah dia kata mmg dia nak anak dia study selagi celik mata tu sebab dia kata anak dia bodoh sgt gituhhh. adik dia toddler lagi selalu dtg lepak rumah aku, air liur dia sentiasa menjijis keluar tapi comel lah . kakak dia langsung tak boleh keluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-7-2023 05:08 PM
Amende nii.. tokojut den ade maruku..

Yang ni lawak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 18-7-2023 06:08 PM
budak sekolah aku dulu ada sorg nama kogila. ironinya dia mmg ada tekanan mental, selalu ckp sorg2 ...

Member tmpt aku keje nama komathi....rilek jer xmati...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
AngelFreakyAF replied at 18-7-2023 09:51 PM
Member tmpt aku keje nama komathi....rilek jer xmati...

Mungkin h menyelamatkan segalanya kot ahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bonker Zakar Isteri Dihadapkan Ke Mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenal dengan sorang bonzer dulu sama2 volunteering dgn satu agensi kerajaan ni. Tak pasti pulak dia kerja dengan kelab malam mana. Sorang lagi lifeguard pan pac jb.

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 18-7-2023 04:45 PM
ironinya nama perempuan tu

Kawan aku masa sekolah rendah nama dia Kogila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043597 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list