CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4131|Reply: 54

Afiq Muiz, Pachara, Sah Cerai Talak Satu

[Copy link]
Post time 18-7-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Kemelut rumah tangga yang membelenggu pelakon Afiq Muiz, 31, dan Nur Aaira Mahadeya atau Pachara, 32, akhirnya terlerai dengan perceraian talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.


Peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa'at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.







"Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan. Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.


"Kedua, Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang," katanya kepada BH Online.


Pada masa sama, Mohd Yazit berkata, perbincangan sudah dilakukan antara peguam kedua pihak dan anak guam masing-masing bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial.


"erbincangan pada awalnya hanya dilakukan antara peguam secara bersurat. Kali terakhir perbincangan dilakukan pagi tadi iaitu sebelum memasuki dewan bicara.


"Jadi, akhirnya perkara ini dapat diputuskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian," katanya.


Terdahulu, Pachara membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Petaling Jaya.


Difahamkan, Pachara memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.


Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.


Pada November tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah.


Afiq dilapor menyerahkan kepada peguam untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul dilemparkan wanita terbabit.


Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook (FB) dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.


Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangannya nama Islam kau dek...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ada anak tak? gugur kan aje semua tuntutan. koser la nak tunggu heols. baik pegi cari vvip pastu tukar nama mahadeya jadi mahadevi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tuh.
Out of sight,out of mind kekdaahnyaa..
Drpd drag lama² nk carik replacement pon payah.
Ganti ngn yg bjenis la nnt yer. Retis² ni haprak nk buat laki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:14 PM | Show all posts
so selesai dah kisah jantan derhaka pada mak ni yach...

yang pasti dedua sendu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:00 PM | Show all posts
Pachara ni cantik, senang je cari ganti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mostly isu dia laki yg problem ni xnk ex buat tuntutan apa ² ek…
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan. Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.

Patut la laki setuju nk corai
Lafaz cerai sambil goyang telur jek
Duit x kuar sesen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 04:23 PM | Show all posts
primarikey replied at 18-7-2023 03:15 PM
Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya  ...

kalau iols jadi laki, tercabar gak ego kalau ex wife setuju dengan syarat ni
nampak sangat tak nak ada kaitan dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Freedom isn't free
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 18-7-2023 04:23 PM
kalau iols jadi laki, tercabar gak ego kalau ex wife setuju dengan syarat ni
nampak sangat tak nak ...

Please lah
Lelaki mcm ni mane ade maruah n harga diri
Bajet rasa menang lah kot sbb ex bini setuju syarat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dh kata. Most of couple artis kawen bawah 5thun, msti kena beli spek hitam, dress hitam sbb nk pnjat tgga court. Btw i nk tny kot2 ada laki dlm ni. Korang time cerai ngn bini, xkira la how worst pun pgduhan yg dh jdi, how bad bini tu. Ada x skelumit sbsar zarah je rasa syg lg kt bini tu? Mksd aku, perasaan pd hari lafaz tu. Mmg total cuma prsaan benci and xsbar nk menduda, atau jjur nya ada gak la 0.001% rasa syg?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah jadi laki... Buat hal pun tak payah bayar apa2... Semata2 sebab kuasa cerai kat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jd ppuan.. Sbbkn nk cerai & setelkn cepat terpksa gugurkn semua hak termasuk hutang.. Psl nafkah tertunggak, mutaah tu i xrs ralat sgt sbb klu dh benci duit dia pn xhingin.. Tp hutang tu mcm ralat plk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat lelaki murahan drag kes cerai Sebab Tanak bayar apa2…
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 18-7-2023 03:15 PM
Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya  ...

tuntut pn jntan tu xkn byr...lbih baik gugurkan...amboi jntan tu siap letak larangan xleh berbunyi lpas cerai...elok la panchara cari laki bru cepat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti dia lega kan

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 18-7-2023 05:13 PM
Untunglah jadi laki... Buat hal pun tak payah bayar apa2... Semata2 sebab kuasa cerai kat dia...

pada i sengkek benar laki cam gini. ego tak ego sebab lafaz di tangan kononnya.. yg pasti sengkek..pathetic beb
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang pulak macam tu ya, NAK CERAI, kena drip segala tuntutan.

NOT FAIR.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki ni mmg xguna seduit, a big red flag
Itu pun jgn....skit lg ada la tu pompuan mengendeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058084 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list