|
JAKARTA – Penduduk di sebuah kampung Indonesia menghidu bau kuat dari rumah seorang warga emas yang sudah lebih seminggu tidak diziarah oleh jiran-jirannya.
Tv One News malaporkan, penduduk setempat dikenali sebagai Efendi, 45, dimaklumkan tentang bau busuk yang berasal dari rumah jirannya, Mandrai, 77, di daerah Malang, wilayah Jawa Timur.
“Saya menerima aduan dan pergi ke rumah Mandrai. Ketika masuk ke dalam rumah, bau busuk semakin kuat. Ternyata bau itu datang daripada mayat Mandrai yang sudah enam hari membusuk.
Foto: TV One News
“Dia sudah lapan hari tidak keluar dari rumah. Kali terakhir dia dilihat oleh jiran-jiran ialah pada 8 Julai lalu dan selepas itu, mereka tidak melihatnya lagi,” kata Efendi.
Melihat Mandrai meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan, Efendi melaporkannya kepada Ketua Kampung Jeru dan seterusnya Polis Turen.
Ketua Polis Turen, Edi Hariadi berkata, Mandrai dianggarkan meninggal dunia lebih tujuh hari dan beberapa bahagian tubuhnya sudah dimakan ulat.
“Berdasarkan maklumat jiran, mangsa tinggal seorang diri di rumahnya dan menghidap diabetes akut,” jelas Edi.
Tambah Edi, tiada kesan mencurigakan pada mayat Mandrai, manakala mangsa meninggal dunia kerana penyakitnya, tambahan pula dia hidup bersendirian. –CARI
Sumber: Kosmo |
|