View: 341|Reply: 2
|
Ernie Zakri Tak Nak Selalu Dedah Gambar Anak Di Media Sosial, Belum Ada Rancangan Nak Tambah Satu Lagi
[Copy link]
|
|
Ernie Zakri belum ada rancangan nak tambah anal sebaliknya memberikan fokus bagi membesarkan Nur Khawla Soleha yang kini sudah berusia 17 bulan.
Menyerahkan kepada rezeki, Ernie juga ingin kembali fokus kepada kerjaya nyanyian memandangkan dia pernah berehat dalam tempoh yang lama selepas bersalin.
Foto: IG
"Apa pun semuanya adalah rezeki kerana kalau saya kata tak bersedia… tup tup. Apa yang saya boleh katakan saya nak tengok Khawla membesar terlebih dahulu sebab dia sangat manja.
"Apatah lagi, kerjaya saya pun baru bermula semula, sebelum saya berpantang agak lama lebih kurang enam bulan. Masa mengandung pun saya tak bekerja sangat.
"Jadi, saya dan Syamel ambil keputusan untuk membesarkan Khawla terlebih dahulu. Kalau ada rezeki tu ada dan saya tidak menolak," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Ernie memberitahu dia tidak terlalu kerap berkongsi gambar-gambar Khawla di media sosial, meskipun anaknya itu mempunyai akaun Instagram sendiri.
"Saya sendiri yang pegang akaun Instagram tu, jadi saya tak terbuka untuk terlalu dedahkan selalu. Tengok keadaan kalau saya rasa gambar tu comel barulah saya akan post, tetapi tidak terlalu kerap.
"Cuma, setiap ibu bapa itu ada pandangan mereka masing-masing. Ada yang tak kisah nak post selalu pasal anak dan mungkin itu yang membuatkan mereka gembira dan bahagia," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu laki bini ni buat lah apa pun tetap tetap Sendu. Tapi anak diorang so cute |
|
|
|
|
|
|
|
keysahhhhhhhh?????? xyah beranak lagi la ek, muka pon desa2 je |
|
|
|
|
|
|
| |
|