CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Suami isteri rugi RM290,000, ubah suai rumah 4 tahun tak siap-siap

[Copy link]
Post time 17-7-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Suthasinie ketika sidang media berkenaan penipuan pengubahsuaian rumah di Pejabat Ahli Perlimen Seputeh, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri mengalami kerugian hampir RM290,000 selepas didakwa ditipu kontraktor pengubahsuaian rumah.

Mangsa, Suthasine, 41, mendakwa kontraktor terbabit berjanji menyiapkan kerja ubah suai dalam tempoh 120 hari namun selepas hampir empat tahun, hanya sekitar 30 ke 35 peratus sahaja yang dilaksanakan.

"Selepas dapat kunci rumah pada 2019, saya dan suami bercadang untuk ubah suai rumah dengan segera sebab kami mahu pindah masuk secepat mungkin.

"Kami temui syarikat terbabit menerusi satu laman web yang menawarkan perkhidmatan kontraktor.

"Kami masukkan maklumat dan laman web itu cadangkan beberapa nama…kemudian kontraktor terbabit hubungi kami dan datang melawat rumah lalu memberi kami sebut harga," katanya ketika sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Jalan Kuchai di sini, hari ini.

Suthasine berkata, tertarik dengan tawaran yang diberikan, dia dan suami kemudiannya bersetuju untuk melantik kontraktor terbabit bagi kerja pengubahsuaian hiasan dalaman membabitkan rumah jenis semi D yang baru dibeli mereka di Setia Alam di Shah Alam, ketika itu.

"Untuk semua kerja-kerja ubah suai kontraktor beri harga RM100,000 yang mana bagi kami berpatutan berbanding beberapa sebut harga lain yang diterima.

"Kontraktor berjanji siapkan dalam tempoh 120 hari tetapi sampai sekarang masih tak siap lagi," katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, dia dan suaminya nekad melantik peguam untuk menuntut hak mereka dan memaksa kontraktor terbabit menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun katanya, kontraktor berkenaan mengelak dan memberi pelbagai alasan setiap kali dihubungi malah cubaan peguam untuk menghubunginya juga gagal.

"Kami lantik peguam kerana berasa ditipu oleh pihak syarikat terbabit. Kami sudah beri banyak masa kepada mereka dan mereka juga sudah minta pelanjutan tempoh beberapa kali.

"Lebih parah setiap kali mereka minta tempoh lanjutan setiap kali itu juga mereka minta wang tambahan dengan alasan tidak cukup duit untuk beli barang binaan dan macam-macam alasan lain," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berkata, pihaknya sudah menerima 18 laporan daripada mangsa yang menjadi penipuan kontraktor menggunakan modus operandi serupa.

Menurutnya, surat rasmi berhubung penipuan itu sudah dihantar kepada pejabat Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berikutan ada unsur-unsur penipuan dalam talian.

Dalam pada itu, mantan Presiden Pertubuhan Pereka Bentuk Dalaman Malaysia (MIID) Ronnie Choong menasihatkan orang ramai supaya melantik kontraktor bertauliah yang berdaftar untuk melakukan sebarang kerja ubah suai.

"Pastikan kontraktor berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) kerana jika berlaku perkara seperti ini pengguna dilindungi undang-undang.

"Laman web yang menyenaraikan perkhidmatan arkitek terbabit perlu membuat semakan latar belakang syarikat bagi mengelakkan laman sesawang mereka menjadi sarang scammer," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahun-tak-siap-siap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.378104 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list