CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1681|Reply: 8

Fasha Sandha Teruja Anak Perempuan Dah Naik Baca Al-Quran, Jejai Pun Datang Raikan Bersama

[Copy link]
Post time 17-7-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Fasha Sandha bersyukur dan teruja apabila anak keduanya iaitu Putri Raysha Jemyma sudah pandai mengaji dan kini menyambung bacaan al-Quran.


Biarpun Jemyma agak lambat memulakan membaca al-Quran pada usia 8 tahun, dia tetap berbangga dengan pencapaian anak perempuannya itu.


Foto: IG




"Syukur Alhamdulillah, Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran pada usia 8 tahun.


"Walaupun sedikit terlambat disebabkan pandemik terlalu lama, kami tetap berbangga dengan kejayaan anak-anak semua... slowyly but surely InsyaAllah," katanya di IG.


Fasha juga mengucapkan terima kasih buat guru agama yang telah mendidik anaknya sehingga berjaya menyambung bacaan al-Quran.


Foto: IG




"Terima kasih ustaz dan ustazah kerana membimbing anak kami. Syukur Alhamdulillah.


"Simpan gambar untuk kenangan. Anakku sayang, semoga mendapat barakah dari Allah SWT."


Turut kelihatan suaminya Aidil Aziz dan bekas suami iaitu Rizal Ashram atau Jejai turut sama hadir meraikan kejayaan anak mereka.




  



Untuk rekod, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 10 dan Jemyma, 8.


Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 12:27 PM | Show all posts
cantik sangat Fasha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:02 AM | Show all posts
sukorrrrr laki2 ko sporting yach
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:45 AM | Show all posts
Makin cantik fasha..bagus betul laki2 nd & fs ni..baik sungguh towards each other
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dalam gambar ramai-ramai tu, iols nampak FS cam sesuai dengan jejai ya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 18-7-2023 11:51 AM
Kenapa dalam gambar ramai-ramai tu, iols nampak FS cam sesuai dengan jejai ya?

Kalau fs bersabar lama sikit dulu, maybe boleh kekal...
Tapi kalau kita pun tak kan bersabar... Kiri kanan depan blkg meratip ex menantu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 01:26 PM | Show all posts
prizadane replied at 18-7-2023 03:51 AM
Kenapa dalam gambar ramai-ramai tu, iols nampak FS cam sesuai dengan jejai ya?

i pun suka dia ngan jejai
TAPI...sejak bersuami baru...
fasha nampak lebih happy, lebih tenang..
maka nya, mungkin aidil lah jodoh dia yang sebenarnya...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:28 PM | Show all posts
makin meletop sheols sejak kurus ni...
tak sabar nak tengok kat tv sheols berlakon masa kurus ni..

btw jai2 tu rhoper very the lombok yach...

tu pun dedua ex sanggup dan pernah berebut ya ampunnnn...last2 masing2 berbaik gittuh sebab malu nak letak muka kat mana...

takkan nak sorok dalam kain langsir 24 jam kan..

bagus lah semoga dedua hidup bahagian gittuh amin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 04:47 PM | Show all posts
kiutnya jemymaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.047188 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list