CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 2

[Politik] Perikatan Nasional semakin terdesak, melaga-lagakan pemimpin Kerajaan Perpaduan

[Copy link]
Post time 17-7-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

SHAH ALAM: Selangor, negeri Malaysia paling kaya dan maju dalam sektor perindustrian, dijangka akan hebat dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos.

Negeri itu sudah lama dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Harapan (PH) dan ditadbir parti tersebut sejak 2008.

Maka itu, para pemerhati percaya, sekiranya PH gagal mempertahankan Selangor, ia akan mempunyai kesan serius terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada peringkat persekutuan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November lalu, gabungan pembangkang, Perikatan Nasional (PN) menang enam daripada 22 kerusi persekutuan di Selangor, dipercayai disebabkan kebangkitan "gelombang hijau".

Dalam PRN akan datang, 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan. 39 daripadanya adalah kerusi majoriti Melayu.

Majoriti mudah 29 kerusi diperlukan untuk mentadbir negeri itu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu parti komponen PH, berkata: "Mereka (PN) menyasarkan 33 (kerusi) tetapi sasaran kami ialah antara 45 hingga 50 kerusi. Mereka juga faham bahawa ia bukan satu tugas yang mudah. Mereka tahu penyokong kami tidak akan berpaling tadah.

"Utara Selangor, terutama sekali di Sabak Bernam, Kuala Selangor, atau Tanjung Karang. Harap-harap mereka boleh meyakinkan penyokong."

Para pemerhati, bagaimanapun percaya, ini bukan satu tugas mudah memandangkan ada dalam kalangan akar umbi UMNO masih tidak suka bekerjasama dengan bekas pesaingnya, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam kerajaan perpaduan yang baru ditubuhkan kurang tujuh bulan lalu.

Ada risiko mereka memboikot pilihan raya akan datang atau berpaling sokongan kepada PN, kata pemerhati.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Mohd Imran Tamrin, berkata usaha sedang dijalankan untuk meyakinkan anggotanya supaya menyokong perikatan bersama PH.

PN AMBIL KESEMPATAN

Sementara itu, PN dikatakan sedang mengambil kesempatan ke atas rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, untuk melaga-lagakan pemimpin kerajaan perpaduan.

"Ini bukan soal gelombang hijau, ini gelombang rasa tidak puas hati rakyat," kata Menteri Besar Selangor PN Azmin Ali.

"Rakyat ingin tahu, dalam tempoh 100 hari, apa yang boleh anda lakukan. Tetapi tujuh bulan sudah berlalu. Tidak ada hala tuju, tidak ada huraian. Kepimpinannya lemah."

Para pengamat politik berkata pentadbiran Anwar perlu menjelaskan kepada pengundi tentang cabaran ekonomi jangka pendek yang sedang dihadapi Malaysia. Ramai antara lain menyalahkan kerajaan mengenai inflasi dan ringgit Malaysia yang terus melemah.

Dalam satu acara kerajaan perpaduan di Kuala Selangor pada Rabu (12 Jul), Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang merupakan pengarah pilihan raya PH, menyangkal tuduhan bahawa kerajaan perpaduan gagal menguruskan ekonomi negara.

'EKONOMI TIDAK KUCAR-KACIR'

"Ekonomi kita tidak dalam keadaan kucar-kacir. Kadar pertumbuhan adalah antara 4 hingga 5 peratus dan ia antara yang tertinggi di rantau ini. Inflasi pula sedang turun pada kadar 2.8 peratus," katanya sambil menambah, pokok permasalahan terletak pada pertumbuhan gaji yang rendah.

Tegasnya, kerajaan mempunyai dasar dan huraian ekonomi yang jelas dan semua ini akan dibentangkan dalam satu rapat menjelang PRN pada 12 Ogos untuk menambat hati rakyat yang masih belum tahu siapa layak mendapat sokongan.

Kementerian Encik Rafizi akan turut mengeluarkan pelan peralihan tenaga boleh diperbaharui pada 27 Julai. Ia dijangka menarik pelaburan bernilai RM25 bilion (S$7.3 bilion) dan mewujudkan 23,000 pekerjaan yang menjanjikan gaji tinggi.

"Sepanjang enam, tujuh bulan lalu, parti-parti dalam kerajaan sangat fokus mentadbir negara. Semua yang dibincangkan adalah tentang dasar, sedangkan ada banyak dakwaan pembangkang yang perlu kami huraikan," kata Encik Rafizi, yang menegaskan bahawa masih ada masa untuk menyangkal naratif pembangkang.

Dalam pada itu, Encik Anwar berjanji untuk mendedahkan Naratif Ekonomi Madani pada bulan depan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

Para pemerhati berkata beliau perlu mendapat kemenangan yang utuh untuk menyuntik keyakinan terhadap pentadbirannya dan menjamin kestabilan kerajaan perpaduan.



Sumber : CNA/AQ/aq










Single Polls, Total 14 Users voted

Poll is finished

7.14% (1)
42.86% (6)
50.00% (7)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa aku nk sokong PN balik la....menyampah kat anwar dan zahid
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 02:08 PM | Show all posts
noor2 replied at 17-7-2023 12:43 PM
Aku rasa aku nk sokong PN balik la....menyampah kat anwar dan zahid

sama la .tengok muka wak jahid tu..hmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058032 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list