CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2608|Reply: 21

Masya Masyitah Sedar Kekhilafan, Minta Netizen Cermin Diri

[Copy link]
Post time 16-7-2023 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, penyanyi Masya Masyitah kembali menjadi bualan sekali gus dikecam teruk apabila berkongsi sekeping gambar dirinya bermain badminton dengan menggayakan hoodie sehingga bahagian leher.


Sering menjadi mangsa kritikan disebabkan fesyen muslimah disifatkan melampau, Masya bagaimanapun berlapang dada dengan segala teguran.






Kata pemilik nama sebenar, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, dia tidak mahu pusing dengan kritikan tidak berfaedah sedangkan dirinya sendiri yang mengetahui apa yang terbuku di hati.


“Saya bukan muslimah yang sempurna. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Orang nak kutuk atau kritik, itu terpulang kepada mereka. Lebih baik, kalau mereka cermin diri mereka dahulu sebelum bercakap buruk tentang seseorang.


“Saya sebenarnya, malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu, di luar saya ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok kita jatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


Ujar pelantun lagu Halimunan itu lagi, meskipun sering menerima kecaman netizen, itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus istiqamah bertudung.


  



“Mereka boleh cakap apa yang mereka suka namun yang tahu siapa diri ini hanya saya dan Allah SWT. Saya masih belajar untuk mengikut suruhan dan ajaran Islam sebaik mungkin.


“Kadang-kadang, saya tersasar tapi saya percaya, itu lumrah manusia.


“Orang cakap saya pakai tudung tapi tak ikhlas, itu masalah mereka. Saya masih mengenal agama dan saya yakin ramai wanita di luar sana sama seperti saya,” getusnya.


Terdahulu, Masya teruk menjadi kecaman netizen apabila mengayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun yang menampakkan kulit pahanya.




Sumber: HibGlam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
muka lawo.. apa ke sokmo kontroversi fashion pelik2. cuba la mintak lagu hael husaini. mana tau bakalan letop xyah buat peel bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat sombong.makhluk Allah yg sombong
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 12:09 AM | Show all posts
Dia ni cantik tp suka pakai fesyen pelik2. Tapi agaknya tengah gila bereksperimentasi
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dasar keras kepala. Bila tegur lagi dibalikkan pada yang menegur
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni nyanyi lagu apa?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2023 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Botak ke dikk.. Suh tanggal tudung berkeras xmo.. Tp gigih nk menunjuk mcm freehair, tudung jadi rambut
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
biarlah org mcmni
xyah jd pulisaurat katanya dia tahu apa tbuku dihatinya
abaikan jeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukati ko la dik
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak, sebenarnya ramai je org yg peel mcm ko ni tapi diorang bijak sikit, tak upload kat socmed. Ok, ko retis, tp byk lagi gambar yg tak mengundang yg bole ko upload. Ko takde project baru ke nak update? Setakat gi main badminton, pakai baju cosplay, pakai fesyen pelik, surat kebenaran rentas negeri semasa pkp, baik ko share dlm family wasap grup je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa produk dia nih... Tak pernah aku tau

Selain isu tudung aku tak tau fungsi nya kat dunia
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:42 AM | Show all posts
aritu gigih tgk dia buat baking...
pastu alih2 keluar kete mewah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:55 AM | Show all posts
mula2 tengok nampak cam penyanyi low profile... dulu2 siap kongsi resepi la apa, nampak video dia masak meggi belut.  siap loghat utara pekat..

sekarang mungkin dia nak merasa jadi artis urban, tu yang pemakaian pun dah ke laut...biasa la budak baru nak up
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 10:28 AM | Show all posts
kesalahan pertama cikki ni ialah x nak terus freehair tapi sipi2 bgi hint nk freehair
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu retis lain kena tegur tu, biasanya diorg jwb terima kasih tegur saya. Atau buat symbol love love. Adik ni pulak haibat
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau pakai tudung separuh ke, nampak dada ke, turban ke, taklah aku kisah sebenarnya tapi sentiasa nampak macam fashion victim. Kalau duit ada, takde ke stylist kau boleh hire? Hauk bebenor style kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 04:00 PM | Show all posts
apa jadah laa berhoodie main badminton dik????
yg bertudung main badminton xde cam kau.
bodoh2 pun tshirt atau tshirt sleeve jer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kuceeng at 17-7-2023 04:38 PM

sape die ni setan?? serious tak kenal langsung, x abis2 pasal fashion pelik2, kalo dah tau kritikan nitizen x bagi effect ape2 kat ko buat bodo dah le. ni tak, nak jugak kluar statement terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:39 PM | Show all posts
Seketul artis yg kalau jumpa kat luar, sumpah tak kenal. Kenal dekat forum bukan sebab berbakat ke apa, tapi sbb fesyen muslimah yg merapu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng aina bedul

Cuma bezanya dia ni lawa

Aina bedul..paham2 sendiri

Tp dua2 pun sore sedap kan..saja buat kontroversi supaya org kenal..rosak zaman skrg ni

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.100119 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list