CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

PGA Rampas Rokok, Minuman Keras Dipercayai Tidak Bercukai Bernilai Lebih RM700,000

[Copy link]
Post time 16-7-2023 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Kuching: Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas rokok serta minuman keras pelbagai jenis bernilai RM709,651.58 yang dipercayai tidak bercukai, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Miri-Bintulu, Jumaat lalu.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata kejayaan itu hasil risikan pegawai dan anggota dari Unit Risikan, Batalion 12 PGA yang berpangkalan di Miri melaksanakan Op Taring Alpha.






"Dalam serbuan itu, polis merampas rokok putih pelbagai jenis iaitu 2,349 karton dianggarkan bernilai RM704,700 dan minuman keras pelbagai jenis bernilai RM4,951.58.


"Kesemua barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Azman berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an turut ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


"Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000, yang mana lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.104446 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list