View: 338|Reply: 1
|
Lesen Perubatan Ditarik Gara-Gara Bedah Pesakit Sambil Buat 'Live' Di TikTok
[Copy link]
|
|
Houston: Seorang pakar bedah plastik yang terkenal di TikTok dilucutkan lesen perubatannya selepas melakukan pembedahan yang menghadapi kegagalan dan ia disiarkan secara langsung.
Daily Star melaporkan Dr Katharine Roxanne Grawe terkenal di media sosial kerana kerap bersiaran langsung menyiarkan secara aneh beberapa prosedurnya yang mengerikan.
Isu timbul apabila dia ternyata lebih berminat untuk menjawab soalan penonton pada pertengahan pembedahan daripada menjaga pesakit yang dibedahnya.
DR KATHARINE Roxanne Grawe. FOTO Agensi
Walaupun sudah diberitahu oleh bosnya di Ohio, Texas untuk berhenti melakukan demikian termasuk sudah diberi amaran rasmi, tetapi kelakuannya itu berterusan.
Semasa perbicaraan terhadapnya minggu ini, seorang pesakit yang dibedahnya sebelum itu dikejarkan semula ke hospital seminggu kemudian, dengan kakitangan perubatan mendapati terdapat masalah di dalam perut pesakit itu.
Pesakit berkenaan juga didapati kehilangan fungsi otak kerana hatinya rosak.
Seorang lagi pesakit mengalami jangkitan dan kerosakan perut dan kini, akan terjejas seumur hidup.
Susulan perbuatan Dr Katharine untuk terus bersiaran langsung, dan isu lain yang dialami oleh pesakitnya, dia kini dilucutkan lesen perubatan, malah seorang daripada pesakitnya mendapat pampasan sekitar AS$458,257 (kira-kira RM2.1 juta).
Jurucakap Lembaga Perubatan Ohio berkata, keputusan kes itu bukanlah bermakna mengenai pandangan kuno terhadap media sosial.
"esakit mempercayai Dr Katharine kerana apa yang mereka lihat di media sosial. Tetapi amat malang dia membuat pembedahan besar dengan komplikasi yang berpotensi mengubah hidup mereka," katanya.
Dr Katharine pula dalam reaksi semasa perbicaraan, mengakui kecuaiannya apabila ditunjukkan rakaman video dia semasa pembedahan dikendalikannya kepada pesakit.
"Saya cuba memecahkan 'tembok' dalam bidang perubatan. Namun, apabila berdiri di sini, saya melihat banyak video bodoh itu kelihatan tidak profesional.
"Saya faham bagaimana tindakan saya kadang-kadang kelihatan cuai dan menyinggung perasaan pesakit dan rakan sekerja saya," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
skg semua nak up dkt tiktok.. adeii |
|
|
|
|
|
|
| |
|