CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 1

Tanam Jagung Setengah Hektar, Raih Pendapatan RM3k Sebulan

[Copy link]
Post time 16-7-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Kota Tinggi: Seorang anak peneroka di Felda Bukit Aping Timur di sini mampu meraih pendapatan sampingan lebih RM3,000 sebulan dengan me­ngusahakan kebun jagung di kampung tersebut.


Fadzil Ramlan, 55, berkata, dia yang sebelum ini pernah menjalankan perniagaan sendiri memang memasang impian untuk menetap di kampung dan menceburkan diri dalam bidang pertanian selepas ‘pencen’.


FADZIL menunjukkan kebun jagung di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.




Bapa kepada lima orang anak itu berkata,a dia mengambil jurusan dalam bidang pertanian ketika belajar Universiti Putra Malaysia (UPM) satu ketika dahulu.


“Saya memang minat pertanian tetapi lepas habis belajar keperluan untuk mencari duit ketika itu lebih utama berbanding minat. Jadi selepas habis belajar saya sempat bekerja makan gaji sebagai pengurus ladang ayam selama lima tahun.


“Selepas itu saya buat perniagaan ayam dari bela ayam hingga jual ayam segar. Ketika itu saya ada pekerja sendiri dan mampu jana pendapatan lebih RM20,000. Jadi masa muda saya banyak diberikan tumpuan kepada perniagaan dengan menetap di bandar.


“Sebab itu saya tanam impian untuk ‘pencen’ pada usia 50 tahun dan mahu menetap di kampung. Bakat dalam bidang perniagaan turun kepada anak-anak dan saya kini hanya makan peratusan yang saya labur kepada mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.


Fadzil berkata, tumpuannya sekarang adalah ladang jagung yang diusahakan secara santai itu yang mana idea menanam jagung bermula selepas perancangan bersama ahli bloknya dalam usaha untuk membantu menambahkan pendapatan terutama buat ibu tunggal dan suri rumah.


Katanya, kini sebanyak 10,000 pokok jagung telah ditanam di tanah seluas setengah hektar itu yang turut dibantu dua orang ahli bloknya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 04:52 AM | Show all posts
banyakkan menanam d zaman ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.282727 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list