CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 4

Jual Tengkorak, Tulang Manusia Di FB

[Copy link]
Post time 15-7-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang 'pengumpul tulang' dituduh menjual tengkorak, tulang dan anggota badan manusia di Facebook (FB).


Daily Star melaporkan, menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Nott, 40, yang menggunakan profil palsu di FB sebagai William Burke, menyiarkan iklan di platform berkenaan untuk penghantaran di seluruh Amerika Syarikat (AS) kecuali Tennessee, Georgia dan Louisiana.
Menurut FBI, Nott juga tidur dengan tengkorak berada di atas katilnya di rumahnya di Mount Washington, Kentucky, AS.


Antara tuduhan adalah Nott didakwa mengiklankan tengkorak manusia untuk dijual dengan satu daripada iklan dikesan bertarikh pada Jun lalu.


Nott didakwa menyembunyikan aktivitinya menggunakan nama samaran dan dengan menghantar mesej suara yang tidak dapat dikesan melalui FB dan bukannya teks. FOTO Agens




FBI dimaklumkan mengenai aktiviti lelaki itu semasa mereka menyiasat kumpulan haram peniaga bahagian tubuh manusia, yang dikaitkan dengan Sekolah Perubatan Harvard.


Bekas pengurus bilik mayat di institusi berprestij itu, Cedric Lodge, dipecat kerana didakwa mencuri kepala, otak, kulit dan tulang daripada mayat yang didermakan kepada sekolah itu.


Satu tengkorak manusia diiklankan Nott didapati mempunyai kesan potongan bedah siasat dan kehilangan sekeping bahagian atasnya.


Nott didakwa menyembunyikan aktivitinya menggunakan nama samaran dan dengan menghantar mesej suara yang tidak dapat dikesan melalui FB dan bukannya teks.


Namun, penyiasat berkata dia menggunakan akaun PayPal di bawah nama sebenarnya untuk menerima bayaran bagi bahagian mayat manusia dijualnya, seperti yang dilaporkan oleh Fox News.


Menurut afidavit, FBI menggeledah pangsapuri Nott pada Selasa 11 Julai, dan apabila dia ditanya sama ada terdapat orang lain berada di dalam apartmen itu, dia berkata: "Hanya 'kawan' saya yang sudah mati".






"Semasa penggeledahan, ejen FBI mengesan mayat manusia termasuk kira-kira 40 tengkorak manusia, saraf tunjang, femur dan tulang pinggul. Terdapat juga tengkorak yang menghiasi perabot," menurut afidavit itu.


Ejen FBI juga menemui beg Sekolah Perubatan Harvard di rumah Nott itu.


Selain itu, Nott turut didakwa memiliki senjata api selepas polis menemui dua senapang, satu revolver, berpuluh-puluh senjata AK-47 dan .308 serta bahan membuat bom.


Dia direman tanpa ikat jamin, dengan perbicaraan kesnya akan berlangsung pada 4 Ogos depan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yg menjual tu mmg gila
si pembeli plak kau nk buat apa dgn benda
utk pemujaan ke apa...atau fetishkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 07:21 PM | Show all posts
yg ni kecoh sampai nama Harvard terbabit dlm kes jenayah jual anggota badan manusia... sbb kesemua tubuh badan simati cm didermakan utk tujuan penyelidikan kalu tak silap...



Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 07:38 PM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 15-7-2023 05:33 PM
yg menjual tu mmg gila
si pembeli plak kau nk buat apa dgn benda
utk pemujaan ke apa...atau fetishka ...

puja nombor ekor
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 04:55 AM | Show all posts
gila betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035504 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list