CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 4

Bandi Amuk Ulang Mengaji Peringkat Awal, Baiki Bacaan Al-Quran

[Copy link]
Post time 14-7-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun dah berusia lebih 50 tahun, Bandi Amuk mengulang semula pengajian di peringkat awal untuk memperbaiki kemahiran membaca Al Quran.


Sebagai seorang yang beragama Islam, langkah itu penting untuk memastikan dia tidak ketinggalan dan mahir membaca kitab suci tersebut meskipun usianya sudah lanjut.




Foto: Utusan




“Ini sebabnya awal dahulu saya sering tolak pelawaan untuk sertai Gegar Vaganza. Selama tiga tahun saya ikuti pengajian Al Quran secara talaqi di Johor Bharu.


“Saya boleh baca (Al Quran), cuma tajwid masih belum sempurna. Jadi saya mula mengaji pada peringkat Iqra’ dan teruskan sampai tiga tahun setengah,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Kata Bandi atau nama penuhnya Nasabandi Jumat, meskipun bukan manusia sempurna, dia tidak melupakan untuk berpesan kepada sahabat-sahabatnya agar sama-sama memperbaiki bacaan Al Quran.


“Saya katakan pada kawan-kawan, jangan berhenti belajar Al Quran. Ia penting.


“Saya berpesan bukan nak tunjuk baik, tapi nak mengajak ke arah kebaikan,” jelasnya.


Dalam masa yang sama, Bandi memaklumkan dia juga pernah menyertai program dianjurkan golongan Tabligh, menyampaikan dakwah dan kebaikan.


“Saya pernah ikut program keluar tiga hari. Kalau ada kelapangan, saya buat.


“Buat setakat yang mampu. Kalau nak keluar lebih lama mungkin belum berkesempatan kerana saya ada isteri dan anak-anak yang lebih memerlukan,” ujarnya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 11:48 AM | Show all posts
alhamdulilah semoga istiqomah yach elly suriati...

semoga jeri pun ikut istiqomah... udah2 lah kumpul duit nak kahwin dengan dr azra tu...

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sweet melody
Nice lyrics



Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 01:16 PM | Show all posts
ehh ni cite taon bila ni? dah lama kot dia mengaji slalu.
GV8 tu pun dia dah lama join kot. so ni cite ciduk taon bila ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus beliau ni,, respek org yg sentiasa nk mempelajari Al Quran dan mendekatkan diri dgn Tuhan...semoga terus istiqomah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.283379 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list