CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Pulau Pinang] 6,735 anggota RELA bertugas PRN di 6 negeri

[Copy link]
Post time 13-7-2023 07:52 PM | Show all posts |Read mode
6,735 anggota RELA bertugas PRN di 6 negeri

Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 13, 2023 @ 7:17pm bhnews@bh.com.my




Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ditemui media ketika hadir pada Program Ramah Mesra Bersama Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang di Dewan Millenium, Kepala Batas, hari ini. NSTP/Danial Saad




KEPALA BATAS: Seramai 6,735 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, bulan hadapan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), bantuan RELA juga diperlukan untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon dan hari pengundian serta penjumlahan undi.

Katanya, dengan kerjasama RELA, ia sekali gus membantu meningkatkan aspek keselamatan terutama di lokasi panas yang dikenal pasti di enam negeri berkenaan.

"Pada 29 Julai nanti akan ada penamaan calon dan pengundian pula pada 12 Ogos yang sudah tentu RELA akan bersama dengan anggota keselamatan lain antaranya PDRM bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada anggota RELA akan turut serta bertugas pada PRN di enam negeri yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos hadapan.

Terdahulu, beliau ditemui pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama anggota RELA Pulau Pinang di Dewan Millenium, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Anuar berkata, KDN amat menitikberatkan soal kebajikan RELA dan akan memberi keutamaan dari semasa ke semasa.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list