CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 2

China Perinci Pelan Pendaratan Angkasawan Di Bulan

[Copy link]
Post time 13-7-2023 07:02 PM | Show all posts |Read mode
WUHAN, China: Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA)  mengumumkan butiran rancangan bagi misi pendaratan angkasawan China ke bulan sebelum 2030 untuk tujuan penerokaan saintifik.


Mengikut rancangan, dua roket pembawa dilancar untuk menghantar pendarat bulan dan kapal angkasa bermanusia ke orbit bulan secara berasingan, manakala angkasawan akan memasuki pendarat selepas ia dicantum dengan kapal angkasa di orbit yang disasarkan.


Apabila pendarat turun dan mendarat di kawasan pratetap di permukaan bulan, angkasawan akan menjalankan tugas saintifik dan mengumpul sampel.


Foto: BBC




Selepas menyelesaikan tugas yang dirancang, angkasawan akan kembali ke pendarat sebelum kembali ke orbit bulan untuk berlabuh dengan kapal angkasa.


Pada langkah terakhir, kapal angkasa akan menerbangkan angkasawan kembali ke Bumi dengan membawa sampel bulan.


Bagi menjayakan rancangan berkenaan, ahli penyelidik China sedang mengusahakan pembangunan roket pembawa Long March-10, kapal angkasa bermanusia generasi baharu, pendarat bulan, sut angkasa lepas untuk pendaratan di bulan dan kenderaan perayau bulan.


Timbalan Ketua Pereka CMSA, Zhang Hailian berkata roket pembawa Long March-10 dengan diameter badan bersaiz lima meter itu mempunyai kapasiti sehingga 27 tan.


"Kapal angkasa generasi baharu terdiri daripada tiga bahagian, iaitu ruang keluar kecemasan, kapsul masuk semula dan kapsul perkhidmatan.


"Kapal berkenaan diintegrasikan reka bentuk modul yang dapat memenuhi keperluan penerokaan berhampiran Bumi dan angkasa lepas dalam," katanya.


Menurut Zhang, pendarat bulan mempunyai dua segmen membabitkan kenderaan pendaratan dan alat pendorong, yang boleh menghantar dua angkasawan ke permukaan bulan secara serentak.


Selain itu, sut angkasa lepas yang sedang dibangunkan untuk pendaratan di bulan menampilkan fungsi yang lebih baik dalam memudahkan angkasawan berjalan, memanjat, mencangkung, memandu dan mengendalikan kenderaan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dh sampai ke bulan..pung...hadap jugok Msia ni...apa punya olang....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 08:47 AM | Show all posts
Suka hati korang laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.275774 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list