CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2578|Reply: 25

Syamsul Yusof Sah Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP Hari Ini

[Copy link]
Post time 13-7-2023 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Syamsul Yusof menarik balik saman difailkan terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwa menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail.


Peguam, Azahir Nasir yang mewakilinya mengesahkan perkara itu selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, hari ini.


Foto: IG




Dalam pernyataan tuntutan, Syamsul memfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu kerana menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya berhubung kenyataan isterinya, Faghira Fatini atau lebih dikenali Ira Kazar yang dipanggil memberi keterangan kepada JAWI, Ogos tahun lalu.


Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Mohd Haris Abdllah; Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Maiwp sebagai defendan pertama hingga ketiga.


  



Plaintif pernah dinobatkan sebagai Pengarah Asia Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Kemboja menuntut ganti rugi teladan ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.


Syamsul juga memohon deklarasi gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul dan Ira, 28, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang diambil oleh defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.


Selain itu, pengarah berkenaan memohon deklarasi gambar pernyataan itu yang dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.


  



Ia termasuk deklarasi penyebaran gambar pernyataan itu dibuat oleh defendan atau ejen.


Dalam pernyataan tuntutan, Syamsul berkata, pada 20 Disember 2022, ibunya menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp iaitu gambar pernyataan mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.


Mengikut dokumen yang diperoleh, gambar pernyataan itu mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya disebar kepada ibunya.


  



Akibat penyebaran fakta aib itu, Syamsul berkata, beliau dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan dan akan memberi keterangan lanjut ketika perbicaraan kelak.


Katanya, tindakan defendan atau ejen mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.


"Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau 'stress' plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 02:20 PM | Show all posts
terkincit2 tarik saman pulak... kalau tidak haritu bukan main cinta mati sangat nak pertahankan isteri baru rhoperrr acik rohingya jual sayur kat pasar selayang tu...

ok lah tu all the best buat sol... elok lah tu berdamai lagipun ps pun dah berdamai elok..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok next. Lebih interested nak tahu progress siasatan. Dah nak dekat setahun kot.
Kena peram nfa ke bakal ada tindakan kat SOL-IK.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bangang ko teruskan saman dol.. ni kira cerdik la.. dah bukak mata sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tepek sikit mugshot jawi Ira
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 03:01 PM | Show all posts
awat takut nak proceed? takut aib terbongkar kannnnn???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
So kes korang yang kena siasat bawah akta berapa entah tu still proceed atau ditarik?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 03:14 PM | Show all posts
lolz pehal tarik sol? takut terlondeh semuanya ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip beria2 nak saman, lepas tu tarik balik?  

Jawi/MAIWP sila saman samdol kerna telah mengaibkan kome & menyusahkan jabatan yg berkaitan  

forumer kalau ada ss sikit kes apa yang mengaibkan tu, silalah tefek sini ya Forumers boleh tolong siasat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Makk tu tetap ade hakk ke atas ko sol... Ko lahir dr janin dlm perut die.. Die ade hak nak tahu...jgn la ko marah kan mak ko sampai skrg... Hidop ko x kan aman sol... Ko kan warakkkkk... Sikit2x sebut name tuhan... Sikit2x sebut name tuhan... Duit bukan segalenye sol
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:30 AM | Show all posts
ko x akan aman sole2
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 01:44 PM | Show all posts
sOL SAZALI...si tanggang moden yang lebih memilih gundik kelas bawahan sbg pemuas napesu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 01:47 PM | Show all posts
Kata gengster walu walu ... cehh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke surat yg ada sign tu tersebar kat tt?
Iols baca komen alinjoy tu la kata
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Fakta aib eh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala kat mana nak baca kata ada surat si pmpuan tu sign tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
All this while, Sol pernah ke proceed saman anyone. If yes, pernah ke menang? Curious
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 02:31 PM | Show all posts
Kami tetap boikot filem engko ler samdol….Pengarah paling munafik Dan terpaling jalang abad ni…engko syuk syuk bersedap dgn bini sundalan engko , nak pi salah mak engko ler, , Jawi ler, …..satu hari nanti bideo n gambo bodoh engko berdua tu pasti tersebar…Dari Cari salah org lain baik engko pi slum dunked sikit bini bodoh engko tu n engko berdua muasabah diri….tengok muka engko yg kepam skg ni pun tak lalu…puiii…Sian syaikul and sumayyah ada bapak cengini….
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tay22 replied at 14-7-2023 02:27 PM
All this while, Sol pernah ke proceed saman anyone. If yes, pernah ke menang? Curious

Pernah saman org yg rakam movie dia dlm cinema n sebarkan

N dia menang saman tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So peminat sol n birah..yg ni taknak ckp pulak sol tarik saman sebab takut video aib terbongkar??? Kalau bab PS tu laju je tuduh mcm2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054308 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list