CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Selangor] Mana jasadmu Ammar?

[Copy link]
Post time 12-7-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba melakukan operasi SAR Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria. FOTO Ihsan JBPM

Hulu Selangor: Usaha mencari kanak-kanak lelaki yang hilang terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali di sini, sejak tujuh hari lalu menemui jalan buntu dan terpaksa ditamatkan semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR), mangsa, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa, tujuh tahun, sebelum ini dilakukan sejak 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, SAR ditamatkan secara rasmi pada jam 7.20 malam selepas tujuh hari pencarian.

"Pos Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di lokasi kejadian juga ditamatkan sepenuhnya.

"Bagaimanapun, operasi pencarian akan tetap diteruskan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam skala kecil.

"Ini bagi memfokuskan di lokasi tertentu," katanya.

Ahmad Faizal berkata, setakat ini operasi SAR sudah dilakukan sejauh 32 kilometer sehingga ke perangkap sampah di Bestari selain menyusuri Sungai Selangor dari lokasi kejadian.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada ibu bapa dan penjaga supaya tidak membiarkan anak masing-masing berada di luar rumah tanpa pengawasan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung mangsa diminta untuk menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60641132," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak terbabit, Ahmad Ammar Akhtar dikatakan terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya yang terjatuh.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu kemudian dibawa arus deras.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /mana-jasadmu-ammar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.247041 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list