View: 571|Reply: 1
|
Kerana Tanah, Mata Wanita Dicungkil 4 Lelaki, Lidah Dipotong Dan Kemaluan Dicacatkan
[Copy link]
|
|
Polis membuka kertas siasatan terhadap empat lelaki yang memukul mati wanita berusia 45 tahun dalam pertikaian mengenai tanah di negeri Bihar.
Gambar hiasan
Wion News semalam melaporkan, kesemua suspek melarikan diri selepas menyerang mangsa dalam kejadian petang Sabtu itu ketika wanita terbabit menabur benih padi di sawahnya di Kampung Mehandipur.
Tidak lama kemudian, empat lelaki menaiki basikal menghampiri mangsa dan menyerangnya.
“Empat lelaki yang menaiki dua basikal membelasah wanita itu ketika dia bekerja di sawah. Mereka mencungkil matanya dengan pisau, memotong lidahnya dan mencacatkan kemaluannya.
“Dia meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata seorang saksi kejadian.
Ahli keluarga mangsa menuduh lima jiran mereka dikenali sebagai Mahendra Singh, Rulo Singh, Rajdev Singh, Flungi Singh dan Shyam Kumar Singh sebagai suspek.
“Keluarga mangsa terlibat dalam pertikaian lama mengenai sebahagian daripada tanah berukuran 12,541 meter persegi dengan lima jiran mereka.
“Sembilan tahun lalu, suami dan abang ipar mangsa dibunuh kerana pertikaian yang sama,” tambah polis.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
9 tahun lepas takde tangkapan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|