View: 160|Reply: 0
|
Postecoglou cuba pujuk Kane
[Copy link]
|
|
KANE (kiri) mahu meninggalkan pasukan selepas percubaannya ke City sebelum ini gagal. FOTO AFP
London: Pengurus baharu Tottenham, Ange Postecoglou berkata beliau akan bertemu dengan Harry Kane minggu ini untuk menggariskan visinya untuk kelab itu.
Postecoglou tidak diberi jaminan mengenai masa depan penyerang England itu di tengah-tengah minat daripada Bayern Munich.
Bayern dilaporkan menawarkan £60 juta (RM360 juta) untuk Kane tetapi ditolak oleh Tottenham, dengan juara Jerman itu dipercayai akan kembali dengan tawaran yang lebih baik.
Kane akan memulakan latihan pramusim minggu ini dan bekas bos Celtic, Postecoglou berminat untuk membentangkan rancangannya untuk penjaring gol terbanyak Tottenham itu.
Beliau mengulas situasi Kane ketika mengadakan sidang akhbar pertamanya sejak pelantikan Jun lalu.
"Saya tidak mempunyai sebarang jaminan dan saya tidak akan mengharapkan sebarang jaminan.
"Itu sifat saya. Apa yang saya tahu sekarang ialah Harry adalah sebahagian daripada skuad ini dan dia tidak sabar untuk kembali berlatih dan mula bekerjasama," kata Postecoglou.
Kontrak Kane bersama Tottenham hanya berbaki setahun, meningkatkan keperluan untuk menyelesaikan masa depannya sebelum kelab London itu berpotensi kehilangannya secara percuma apabila perjanjian tamat.
Pemain berusia 29 tahun itu, yang turut dikaitkan dengan Manchester United dan Chelsea, dilaporkan berminat untuk meninggalkan Spurs selepas gagal dalam percubaannya berpindah ke Manchester City dua tahun lalu.
Postecoglou, rakyat Australia pertama yang berjaya menjadi pengurus kelab Liga Perdana Inggeris, jelas lebih suka untuk mengekalkan Kane.
Percubaannya untuk memenangi hati kapten England itu akan bermula minggu ini sebelum mereka berlepas ke Australia, Thailand dan Singapura untuk jelajah pramusim.
"Perbualan saya dengannya adalah mengeani bagaimana kami boleh menjayakan kelab ini dan saya tidak meragui itu juga yang dia mahukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lou-cuba-pujuk-kane |
|
|
|
|
|
|
| |
|