CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 1

Terjatuh Lepas Ambil Wuduk, Remaja Derita Kanser RMS Teringin Nak Jumpa Bintang JDT Arif Aiman "Kalau Umur Tak Panjang, Tak Apa Lah"

[Copy link]
Post time 11-7-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode
"Abang teringin sangat nak jumpa Arif Aiman, tapi kalau umur tak panjang, tidak apalah," luahan meruntun hati seorang pesakit kanser, Muhammad Irfan Abdullah, 13, dari Kampung Pulai Sebatang Pontian, Johor yang menyimpan hasrat untuk bertemu idolanya, pemain sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi.


Muhammad Irfan atau lebih mesra dipanggil Yong disahkan menderita kanser Rhabdomyosarcoma (RMS).


Ibu kanak-kanak tersebut, Puteri Nor Fairus Ab Rahin, 35, berkata, anak sulung daripada lima beradik itu merupakan peminat fanatik Arif Aiman sejak awal kemunculannya sebagai pemain profesional.


Foto: Majoriti




"ada asalnya hanya saya yang minat tengok perlawanan bola, kemudian saya ajak Yong tonton sekali, hingga akhirnya dia sendiri terjebak dan suka dengan pasukan JDT (Johor Darul Takzim), tambah-tambah lagi Arif Aiman.


"Dulu dia tak berapa suka sangat bola. Tapi lepas selalu tengok (perlawanan bola) dengan saya, dia sudah mula suka melihat cara pemain itu mengawal bola serta taktikal yang ditunjukkan. Apabila dia sihat dan sepupunya datang ke rumah, dia akan bermain bola sepak di rumah," katanya kepada Majoriti.


Puteri Nor Fairus mengakui bahawa sudah beberapa kali Yong menyatakan hasrat untuk bertemu idolanya itu, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya.


Ujarnya, sebagai ibu pastinya dia ingin menunaikan keinginan Yong yang juga merupakan penghidap Disleksia.


Berstatus pemain bola sepak profesional, ditambah kesibukannya menjalani latihan pastinya tidak mudah untuk suri rumah itu membuat temu janji bagi mempertemukan kedua-dua individu tersebut.


"Namun sebagai ibu, saya mesti rasa tak sampai hati bila kita tak dapat tunaikan permintaan anak.


"Bukan mudah, saya cuba sehabis baik untuk cari sesiapa yang boleh tunaikan permintaan abang.


"Dia kata dapat jumpa sekejap pun jadilah, kalau sihat dan dapat jumpa, dia nak main sekali dengan Arif Aiman, mungkin bersama-sama dalam sesi latihan pasukan JDT," jelasnya.


Menceritakan mengenai penyakit yang menimpa anak sulungnya itu, Puteri Nor Fairus berkata, pihak hospital mula mengenal pasti sel-sel barah yang berada dalam badan anaknya sejak Julai tahun lalu selepas dia jatuh ketika hendak mengambil air wuduk di sekolah agamanya.


Siapa sangka, asbab daripada insiden itu, doktor mengesahkan Yong menghidapi RMS, kanser yang jarang berlaku dan ia terbentuk dalam tisu lembut terutamanya tisu otot rangka atau organ dalaman. —CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 08:21 AM | Show all posts
halahhhhhh sian jumalah adik ni ooii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.124259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list