View: 275|Reply: 0
|
Beberapa Hari Tak Selesa Rasa Sakit, Rupanya Larva Lalat ‘Bersarang’ Dalam Mata Budak 10 Tahun!
[Copy link]
|
|
Selepas beberapa hari mengadu, rasa tidak selesa dan sakit pada mata seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari bandar Tatvan di Turki akhirnya terbongkar apabila doktor menemukan ulat di dalam organ tersebut.
Beberapa hari kemudian apabila keadaan masih tidak berubah, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke hospital pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.
Turkey Post
Alangkah terkejutnya apabila doktor menemukan lapan larva lalat hidup di bahagian bawah mata kiri budak tersebut, diikuti tiga lagi pada hari berikutnya.
Pakar oftalmologi, Dr Halil İbrahim Ateşoğlu berkata, dia percaya serangga itu membiak di dalam mata kanak-kanak tersebut selepas dihinggapi lalat dewasa.
Gambar hiasan
Selepas serangga itu dibuang, kanak-kanak tersebut diberi titisan antibiotik dan dibenarkan pulang.
Kejadian itu bukanlah kali pertama larva lalat membiak di dalam mata manusia.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|