CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 6

Amir Masdi Fokus Hasilkan Album Sampai Sanggup Tolak Kawan Dan Cinta

[Copy link]
Post time 10-7-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Amir Masdi sanggup mengorbankan masa bersama kawan-kawan dan tolak tepi mencari cinta semata-mata untuk memberi fokus terhadap penghasilan album terbarunya yang memuatkan 12 lagu.


Amir berkata, semua itu dilakukan bagi merealisasikan impiannya untuk pergi jauh dalam bidang seni.


Foto: IG




"Saya terpaksa mengorbankan masa lepak malam-malam demi menghasilkan album ini. Mujur rakan-rakan juga memahami apabila saya kurang masa bersama mereka memandangkan penghasilan album ini memerlukan komitmen tinggi.


"Bukan soal lepak saja, banyak lagi yang terpaksa dilepaskan untuk memberikan sepenuh tumpuan menghasilkan album ini. Soal cinta pun tiada buat masa ini kerana saya tidak mencari, namun jika jodoh datang sendiri itu perkara berbeza.


"ada mulanya saya meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun, tetapi nampaknya terpaksa dianjakkan kerana belum mempunyai teman istimewa. Ibu juga tidak memaksa sebaliknya menyokong penuh keputusan saya," katanya kepada Harian Metro.


  



Walaupun bergelar juara program Akademi Fantasi (AF) pada 2016, tetapi ia bukan tiket untuk Amir diterima mudah dalam dunia seni.


Berbanding penyanyi lain yang pantas mencipta populariti, laluan Amir untuk sampai ke tahap hari ini agak sukar.


Amir mengakui terlalu banyak halangan terpaksa dihadapi sebelum apa yang dihajati menjadi kenyataan.


  



Berbekalkan kecekalan diri, album yang dilancarkan ini memberi makna peribadi buat Amir kerana hadir selepas tujuh tahun pembabitannya sebagai anak seni.


"Album ini ada sejumlah 12 lagu termasuk yang sudah pernah dikeluarkan sebelum ini dan juga lagu baharu yang saya tulis bersama beberapa penulis lirik dan komposer lain sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi. Sebenarnya, perancangan untuk hasilkan album ini sudah lama dan ia adalah impian saya sejak dulu lagi.


  



  



"Bukan saja hadiah buat peminat, tetapi ia juga satu kejayaan peribadi buat saya sebagai seorang penyanyi. Bagi saya, tidak lengkap sekiranya seseorang penyanyi itu tiada album," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang tgk dia ni mcm nk tiru style Freddie Mercury
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:47 PM | Show all posts
tiket mampu milik padan la laku...
suara heols pun sedap...

tapi tu la iols geli geleman dengan laki rambut macam pondan tak siap...

nak tengok pun takut menopos...

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni penyanyi cam susah nak keluarkan album kan. Berbanding penyanyi dulu2 wajib ada album sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lagu baru heols tak berapa menyengat..nasib suara sedap..lagu lama dia Asmara tu bole kata hari2 iols dengar
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
What's wrong with this chap? Is he closet spesis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara sdp...kalau dia dpt cari lagu yg best mesti lg bagus...tp lagu2 dia kurang menyengat..syg sungguh sbb dia berbakat...tp apa2 pun i minat.suara dia...selalu dgr lgu2 dia sblm ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.037515 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list