CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 3

Bela Diri Bung Moktar Dan Zizie Izette Ditangguh Lagi

[Copy link]
Post time 10-7-2023 02:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Ab. Samad tidak perlu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah buat masa ini.


Ini susulan tarikh perbicaraan selama sembilan hari yang dijadualkan sebelum ini, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini.


Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isteri sepatutnya mengemukakan keterangan bela diri sepanjang minggu ini bermula hari ini serta 20, 21 24 dan 25 Julai.


Foto: Harian Metro




Hakim Rozina Ayob melapangkan tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan setelah dimaklumkan perkembangan status rayuan berhubung permohonan semakan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Rayuan, minggu lalu.


Beliau kemudian menetapkan kes rasuah Bung Moktar dan isteri disebut pada 13 September ini.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How memberitahu, Mahkamah Rayuan memerintahkan permohonan semakan pasangan suami isteri itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan meritnya didengar dan diputuskan.


Menurut beliau, semakan itu sebelum ini ditolak oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid tanpa mendengar meritnya selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.


Chin How berkata, tarikh sebutan permohonan itu telah ditetapkan pada Jumaat ini di hadapan hakim yang sama.


Jumaat lalu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara menghantar balik permohonan semakan itu ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan meritnya diputuskan.


Beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas menolak bantahan awal pihak pendakwaan.


Panel itu bagaimanapun tidak menetapkan sama ada semakan itu akan didengar oleh Hakim Azhar atau hakim yang berlainan.


Mahkamah berpuas hati, Seksyen 35(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menyatakan Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa menyemak keputusan mahkamah rendah pada mana-mana peringkat jika terdapat keperluan berbuat demikian sama ada melalui notis usul atau memanggil rekod prosiding mahkamah berkenaan.


Panel itu berpuas hati, semakan boleh dilakukan melalui usul mahkamah itu sendiri selepas meneliti laporan akhbar atau jika terdapat mana-mana pihak yang berminat dengan prosiding itu, memfailkan permohonan semakan.


Pada hemat panel berkenaan, dalam kes Bung Moktar dan Zizie Izette, permohonan semakan difailkan oleh pasukan peguamnya pada peringkat kes prima facie dan menjadi tugas Mahkamah Tinggi adalah untuk menimbang merit permohonan itu.


“Tugas Mahkamah Tinggi adalah untuk menimbang meritnya. Namun, dalam hal ini, permohonan itu dibatalkan tanpa meritnya didengar selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan yang menyatakan permohonan difailkan menggunakan mod yang salah,” ujar Hakim Hadhariah.


Ketika di Mahkamah Rayuan, Bung Moktar dan isterinya merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Disember 2022 yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas pertuduhan itu.


Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.


Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.


Bung Moktar juga didakwa menerima suapan RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat serupa pada 19 Jun 2015.


Pendakwaan terhadap Bung Moktar dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu.-CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 02:51 PM | Show all posts
  



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 02:56 PM | Show all posts
  



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 03:02 PM | Show all posts
amboii kemain yach ikan kering sabah pimpin isteri...
mujur tak naik wheelchair macam haritu...
selera yer ziziq tu nak merendam ciknek rhoper sotong kering tu 3 hari 3 malam macam sotong kembang nak bagi naik...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.206905 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list