CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 1

Laluan Pantai Pasir Lanun Sempit & Curam, Ketua Polis Mersing Beri Ingatan Pengunjung Berhati-Hati

[Copy link]
Post time 10-7-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Mersing: Pemandangan tepi pantai yang menarik dari atas tebing berbukit menjadikan Pantai Pasir Lanun di sini tular dan menarik perhatian pengunjung.


Namun, keadaan jalan yang kecil dan sempit menjadikan hasrat pengunjung bukan sahaja terbantut, malah terpaksa bersesak dengan puluhan jumlah kenderaan termasuk kereta dan motosikal yang berhenti dibahu jalan untuk mengambil gambar.






Ketua Polis daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah, berkata kawasan berbukit itu mempunyai pemandangan yang menarik menjadi tarikan orang ramai berkunjung untuk merakam gambar.


Katanya, keadaan menjadi sesak pada cuti perayaan dan hujung minggu.


"Kita menasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di atas laluan jalan kerana laluan sempit, curam dan berbukit. Situasi itu berbahaya kepada semua pengguna.


"Kita juga meminta pemilik kenderaan supaya memandu dengan berhati-hati, perlahan dan membunyikan hon di kawasan selekoh untuk mengelak kemalangan.


"Berhati-hati apabila merakam foto di kawasan tebing yang tinggi dan curam untuk elak terjatuh. Peka dengan struktur tebing yang tinggi dan berisiko runtuh.


"Jalan sempit juga menyukarkan pergerakan kenderaan kecemasan seperti polis, bomba, ambulans jika berlaku kecemasan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Dalam video tular berdurasi 10 saat memaparkan keadaan sesak dengan beberapa kenderaan yang mahu menuruni bukit diatas jalan satu laluan terbabit.


Turut kelihatan beberapa kenderaan dan motosikal juga terpaksa berhenti untuk menaiki bukit, juga dapat dilihat beberapa individu merakam foto di kawasan terbabit.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Karang xpasal ada lg yg kna tunjal kapla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list