CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 5

Ibu Bapa Pernah Larang Saya Main Gitar, Jadi Artis

[Copy link]
Post time 9-7-2023 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengarah Zizan Razak mendedahkan keputusannya untuk menceburi industri seni sekitar tahun 2007 sempat mendapat tentangan hebat daripada kedua ibu bapanya.


Menurut Zizan, 39, kedua orang tuanya gusar sekiranya anaknya itu terjebak dengan masalah gejala sosial di Kuala Lumpur setelah bergelar artis.






“Saya kata, kalau betul saya mahu jadi teruk tak perlu tunggu saya ke Kuala Lumpur. Di depan rumah saya macam-macam dadah ada. Kawasan rumah saya sudah seperti filem Pablo Escobar.


“Tapi Alhamdulillah dengan didikan dan pantauan ibu bapa, saya jadi orang yang baik,” cerita Zizan kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di majlis sidang media filem Merewang Keluarga Pak Awang.


Menurut Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular 2017 ini, normal bagi anak-anak untuk mempunyai pandangan dan keinginan yang berbeza dengan ibu bapa mereka.


Namun begitu, ibu bapa perlu bersifat lebih terbuka dan jangan memaksa anak-anak melakukan perkara di luar bidang dan minat mereka.


“Dulu waktu tingkatan lima, ibu pernah larang saya main gitar. Katanya arwah atuk saya tak suka. Saya berfikir apa salahnya main gitar asalkan tidak berhibur sampai jadi najis.


“Kemudian, saya belajar main gitar senyap-senyap. Baru-baru ini, saya bahaskan semula tentang perkara ini dengan ibu.


“Saya kata kalau ibu lebih terbuka mungkin saya sudah lebih mahir. Tapi tak apa, Allah bagi begini pun sudah cukup,” ceritanya.






Zizan tidak menafikan kasihan melihat beberapa individu yang melakukan pekerjaan yang tidak digemari mereka semata-mata mahu memenuhi suruhan ibu bapa.


“Kadangkala ada anak tak minat Matematik tapi dipaksa juga. Ada anak tak minat jadi doktor tapi disuruh juga. Pada saya, sekiranya sesuatu perkara itu tidak melanggar agama, masih boleh dibincangkan.


“Manusia sentiasa berasa benar dengan apa yang dikata. Saya tak kata sepenuhnya ibu bapa salah. Tapi apa yang penting ialah komunikasi dan berbincanglah tentang apa yang terbaik untuk masa depan mereka dan anak-anak,” tambahnya.


Terkini, Zizan buat pertama kalinya membawakan watak antagonis menerusi cerita Merewang Keluarga Pak Awang.


Filem komedi ini mengetengahkan tradisi merewang dalam masyarakat yang sudah luput di samping membawakan mesej perhubungan antara ayah dan anak.


Merewang Keluarga Pak Awang arahan Adlin Aman Ramlie ini akan mula ditayangkan di Astro First bermula 15 Julai 2023.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2023 08:42 PM | Show all posts
larang gentel gitar hujung2 kaki gentel perempuan...
tak menjadi jugak mak ayah dia larang itu ini...

kalau sekadar dia je kaki perempuan tu faham lagi mestilah dalam ramai2 tu ada sorang tak menjadi... ni dengan abang2 sekali menggatal...

tak padan dengan rhoperrr dan hidung macam keropok losong kerepot... yihhhhh...

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dulu ada kes melanggan kat yindon & gambo burung terbang?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2023 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut ckp dgn mak engkau tu, jgn risau terlibat dgn gejala sosial.
Patut risau anak dia terlibat dgn gejala soBerangan!
Tak padan dgn muka kopok losong, Berangannnnn nak kawin dgn retis2 muka mix.. Muka biasa2 taknak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe. Jaga mak ayah sebaiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 08:36 AM | Show all posts
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.563058 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list