CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 4

Lantang Kutuk Shah Rukh Khan, Pelakon Pakistan Diminta Jumpa Pakar Psikologi

[Copy link]
Post time 9-7-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Pakistan iaitu Mahnoor Baloch mendapat kecaman hebat selepas secara terbuka mengkritik bintang Bollywood terkenal iaitu Shah Rukh Khan.


Baloch, 53, menerusi satu temu bual memberitahu Shah Rukh bukanlah seorang lelaki yang tampan jika dibandingkan dengan aktor lain di India.






"Shah Rukh mempunyai personaliti yang bagus namun jika diukur parameter ketampanan, dia berada jauh dibawah berbanding pelakon lelaki lain.


"Dia hanya ada aura yang membuatkan dia dikenali ramai. Ramai lagi lelaki kacak namun tiada aura seperti mana Shah Rukh," katanya.


Tidak cukup dengan itu, Baloch turut mempertikaikan bakat lakonan Shah Rukh meskipun dia sudah berlakon dalam ratusan filem.


Katanya pelakon filem Pathaan itu bijak mempromosikan diri sehingga apa sahaja dilakukan mendapat perhatian ramai.


"Bagi saya dia tak tahu berlakon. Dia adalah seorang usahawan yang tahu bagaimana memasarkan diri," jelasnya.


Kenyataan berani Baloch itu dihujani dengan komen balas peminat yang nyata tidak bersetuju dengan komen dibuat terhadap pelakon kesayangan ramai itu.


"Siapa dia dan apa pencapaian setakat ini? Shah Rukh Khan berjaya membina nama sendiri dan menjadikan dia hari ini.


"Rasanya dia sengaja mahu mencari publisiti dengan menyebut nama Shah Rukh Khan. Pelakon itu (Shah Rukh Khan) lebih berjaya daripada dia.


"Tolong buat pemeriksaan psikologi... apa yang dia cakap menimbulkan kemarahan," komen netizen.






Bagaimanapun Baloch tidak akan terkesan dengan setiap kecaman kerana menyifatkan apa dikatakan itu adalah kebenaran.


Tidak hanya mengkritik, Baloch turut memuji lakonan Shah Rukh menerusi filem Anjaam yang disifatkan lebih sesuai dengannya.


"Dia tak sesuai membawa watak romantik. Saya suka menonton lakonannya sebagai seorang lelaki psiko dalam Anjaam yang nampak berkesan dan menyakinkan," katanya.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 09:20 AM | Show all posts
RAsa dia bukan lah mengutuk kan? Dia mengatakan yang benar... and dia puji yang SRK ni bijak.. ada  aura
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun.. Klu pasal lakonan.. Amir khan lg better
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol rasa SRK memang pandai berlakon and dia ada style tersendiri, tp sekarang dia bukan berlakon dalam Movie movie beratlah, sebab tgk market demand, mcm Aamir pun dulu sama jah level dgn SRK and stail lakonan dia pun lain, tp dua dua lakonan boleh buat ai nangis
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 09:04 PM | Show all posts
Bukan lakonan dan personaliti ka yg buat aura heols membuak2? klo harapkan rupa , sekadar sedap mata memandang ja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053542 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list