View: 128|Reply: 0
|
Pochettino pertaruh nasibnya di Chelsea
[Copy link]
|
|
MAURICIO Pochettino ketika diperkenalkan oleh Chelsea. FOTO AFP
London: Mauricio Pochettino bersedia untuk mempertaruhkan reputasinya di Chelsea yang sedang berdepan bermasalah, tetapi bos baharu Blues itu tidak bercadang untuk kembali bekerjasama dengan Harry Kane.
Kane dikaitkan mahu berhijrah dari bekas kelab bimbingan Pochettino, Tottenham dan perpindahan ke Stamford Bridge mungkin sesuai untuk kedua-dua mereka.
Pochettino memerlukan penyerang terbaik untuk memperbaiki rekod jaringan gol kelab itu musim lalu dan kapten England, Kane sesuai menggalas tugas berkenaan.
Penjaring gol terbanyak Tottenham itu, yang menjadi terkenal ketika di bawah bimbingan Pochettino, berminat untuk meninggalkan kelab London utara itu selepas gagal dalam usahanya untuk berhijrah ke Manchester City dua tahun lalu.
Dikaitkan dengan Bayern Munich dan Manchester United, Kane perlu segera memutuskan masa depannya selepas kontraknya bersama Tottenham akan berakhir tahun depan.
Bagaimanapun, pengerusi Tottenham, Daniel Levy mungkin melihat prospek menjual Kane kepada Chelsea, yang dikendalikan oleh individu yang dipecatnya pada 2019, pastinya agak sukar.
Bercakap pada sidang akhbar pertamanya di Chelsea, Pochettino tersengih apabila ditanya sama ada dia akan cuba menandatangani Kane.
"Saya tidak suka bercakap mengenai pemain di kelab lain, tetapi anda bercakap terhadap salah seorang penyerang terbaik di dunia.
"Tidak adil untuk bercakap mengenainya kerana peminat juga tidak bodoh. Mereka sangat bijak dan mereka tahu hubungan saya dengannya sentiasa menakjubkan.
"Saya melihatnya ketika dia masih muda, membesar dan mencapai semua yang dia capai dan sudah tentu kami mempunyai hubungan yang hebat. Pada masa ini, kami tidak memikirkan tentang itu (Kane)," katanya.
Hadir bersama kelab yang sedang berdepan masalah, termasuk memecat Thomas Tuchel dan Graham Potter selaku pengurus musim lalu, Pochettino menegaskan beliau membuat pilihan yang tepat.
"Saya suka berdepan risiko. Bagi saya ia satu cabaran. Sejarah kelab ini adalah mengenai memenangi trofi utama. Saya mahu membuktikan diri saya, bahawa saya boleh menghadapi segala cabaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nasibnya-di-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|