CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1545|Reply: 12

Adlin Aman Ramli Pertikai Gelaran Ustaz Seorang Lelaki "Mana Kau Dapat? Tahap Apa Sekolah Agama Sampai Bawa Gelaran Ni?"

[Copy link]
Post time 6-7-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Tular video di TikTok memaparkan Adlin Aman Ramli mempersoalkan tentang gelaran ustaz yang dibawa oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Tido dalam sebuah sesi Live.


Menerusi akaun @malaysiakantoi, pelakon berusia 51 tahun itu bertanyakan mengenai tahap pendidikan agama Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak kerana dipercayai aktif menyampaikan motivasi di media sosial.


Foto: IG




“Gelaran ustaz ni mana kau dapat? Sekolah agama mana? Sekolah rendah ke menengah? Tahap apa sekolah agama sampai bawa gelaran ni?


“Apesal muka bongkak sangat? Jawablah baik-baik. Jawab cara yang bersesuaian dengan gelaran,” tanya Adlin.


Ustaz Tido yang juga usahawan menjawab, dia mempunyai kelulusan sijil ‘Thanawi’ daripada sebuah sekolah agama di Johor sekali gus mengaku dirinya layak bagi membawa gelaran tersebut.





“Saya sekolah agama Johor, tak payah tahu la (nama sekolah). Thanawi… iyelah, yelah (mengiyakan gelaran),” jawabnya berselang-seli dengan pertanyaan daripada Adlin.


Di ruangan komen, netizen memberikan pendapat masing-masing sama ada negatif mahupun positif berhubung gelaran yang dibawa Ustaz Tido.


Walau bagaimanapun, beberapa individu mengatakan bahawa kedua-dua lelaki terbabit hanya berseloroh antara satu sama lain berdasarkan tontonan penuh siaran langsung berkenaan.


Sebelum ini, seorang individu bernama Aliff Ahmad membuat satu pendedahan mendakwa bahawa Ustaz Tido bukanlah seorang ustaz sebaliknya menggunakan gelaran berkenaan sebagai ‘marketing’ bagi tujuan tertentu. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 11:44 AM | Show all posts
baca tajuk ingatkan dia sound bini jah tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kau cuba sound bangla usetaz plak bang
tgk terkucil ke tak dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp tak sound bini jah sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 12:08 PM | Show all posts
semua berangan nak jadi ustaz... kesian...

sampai bini jah duduk depan kondo retak tu pun gigih nak jadi ustaz...

hujung2 level budak tahfiz hafaz 30 juzuk pun entah2 tak capai lagi.. sedangkan bebudak tu umo 14 dah habis menghafal...

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 12:12 PM | Show all posts
baca tajuk je tadi..memang ingat dia ni nak sound bini jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
baguslah ada yg berani sound direct camni
nampak sgt si ostad jadian tu sentap siap kata adlin merendah2 kan dia padahal adlin tanya soalan general je pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk perangai org tu pun pelik..btul ke ustaz? Ckp ngn org pun kdg mcm tak sesuai bawak gelaran tu.. pernah dia merajuk ngn que haidar & geng kat tiktok.. adab dgn kawan pun dh failed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 12:55 PM | Show all posts
bini jah tak terasa ker??
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ustaz tido ni mo dia sama dengan ebit lew. suka pi carik rumah orang susah tolong2 gitu. tengok cara menulis kat fb pun mcm lebih kurang ebit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 01:07 PM | Show all posts
Bukan ustaz ni ke yang promote Badal haji yang menjadi sebutan orang di tanah suci sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekurang2nya dia ada sijil thanawi..ada pelawak pun dah sibuk nak cakap pasal agama ko tak bising pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 09:18 AM | Show all posts
biooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050175 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list